YOUNG MEN’S CHRISTIAN ASSOCIATION (YMCA) | Young Men’s Christian Association (YMCA) (Pertubuhan Pemuda Kristian) ialah pertubuhan sukarela tanpa keuntungan yang terbesar di dunia. Pertubuhan ini dianggotai oleh 25 juta ahli dari lebih 90 buah negara. | UMUM | |
MORTIMER, HARRY | Mortimer, Harry (1902–1992), ahli muzik British yang berpengaruh pada zamannya terhadap muzik brasben. Dia terkenal sebagai peniup trompet pada peringkat awal kerjayanya. Kemudian dia menubuhkan brasbennya sendiri yang diberi nama “All Star Brass Band” dan Men o’ Brass”. Mortimer lahir di Hebben Bridge, Yorkshire Barat. Dia menuntut di Royal Manchester College of Music. | UMUM | |
TIANG BATU ROLLRIGHT | Tiang batu Rollright ialah sekumpulan kira-kira 60 batang tiang batu yang membentuk satu bulatan yang garis pusatnya lebih kurang 30 meter. Ia terletak di atas sebuah bukit di atas perkampungan Long Compton, di Oxfordshire, England. Ia juga dikenali sebagai King’s Men . Tiang yang terbesar dalam bulatan ini melebihi 2 meter tinggi. Tiang batu Rollright ini telah dibina pada awal Zaman Gangsa. Berhampiran dengannya terdapat peninggalan sebuah kamar perkuburan yang dibina pada zaman yang sama, yang dikenali sebagai Whispering Knights . | UMUM | |
NORDHOFF DAN HALL | Nordhoff dan Hall adalah kumpulan pengarang Amerika. Charles Bernard Nordhoff (1887–1947) dan James Norman Hall (1887–1951) menjadi terkenal kerana tiga novel mereka tentang pemberontakan sebenar dalam Tentera Laut British pada tahun 1789. Novel-novel tersebut adalah Mutiny on the Bounty (1932), Men Against the Sea (1934) dan Pitcairn’s Island (1934). | UMUM | |
ZINNEMANN, FRED | Zinnemann, Fred (1907–1997) ialah pengarah filem Amerika kelahiran Austria. Filemnya dikenali kerana berjaya mempamerkan watak dengan begitu berkesan. Dia memenangi Academy Award bagi filem From Here to Eternity (1953) dan A Man for All Seasons (1966). Filemnya yang utama termasuk The Seventh Cross (1944), The Search (1947), The Men (1950), The Member of the Wedding (1952), High Noon (1952), Oklahoma! (1955), The Nun’s Story (1958), The Sundowners (1960), The Day of the Jackal (1973), dan Julia (1977). | UMUM | |
ROMBERG, SIGMUND | Romberg, Sigmund (1887–1951) ialah penggubah muzik opereta yang masyhur. Dia menggubah muzik untuk opereta yang terkenal seperti Maytime (1917), The Student Prince (1924), The Desert Song (1926), My Maryland (1927), The New Moon (1928), dan Up In Central Park (1945). Dia pernah mengadaptasikan muzik yang dicipta oleh penggubah Austria bernama Franz Schubert untuk satu lagi opereta yang popular, Blossom Time (1921). Antara lagu ciptaannya yang popular termasuk “Deep in My Heart, Dear”, “The Desert Song”, “Stouthearted Men”, dan “When I Grow Too Old to Dream”. Dia juga menggubah muzik untuk filem dan dipuji sebagai pemimpin muzik klasik ringan. | UMUM | |