BURUNG UNTA | Burung unta ialah burung yang terbesar. Ketinggiannya mencapai hampir 2.5 meter dan beratnya mencapai 155 kilogram. Burung unta hidup di kawasan dataran dan gurun Afrika. | UMUM | |
KEDERMAWANAN | Kedermawanan ialah usaha untuk mencapai kesejahteraan manusia oleh individu dan kumpulan yang menyumbangkan khidmat atau harta dan wang. Kedermawanan berbeza daripada kebajikan kerana kedermawanan biasanya menolong kumpulan yang besar atau sesebuah institusi dan bukan orang perseorangan atau beberapa individu sahaja. | UMUM | |
POPULISME | Populisme ialah pergerakan politik Amerika yang mencapai puncak kekuatannya pada tahun 1890-an. Populis ini mendesak supaya kerajaan menambah penawaran wang, memperketatkan peraturan kerajaan terhadap perniagaan, dan perubahan lain yang dipercayai boleh membantu golongan petani dan buruh. Selain itu, mereka juga melaungkan pembaharuan untuk meningkatkan kuasa politik pengundi. Ramai pemimpin pergerakan ini terdiri daripada tokoh pelbagai warna kulit yang meniupkan keresahan di kalangan orang ramai dengan ucapan yang membangkitkan semangat. | UMUM | |
PERANG SARAF | Perang saraf menggunakan propaganda untuk mencapai tujuan yang tertentu. Perang saraf boleh digunakan sebelum perang untuk mencegah meletusnya peperangan ataupun semasa perang untuk memenanginya. Sesebuah negara menggunakan perang saraf untuk meyakinkan negara musuh bahawa mereka tidak akan menang jika berlakunya perang dan justeru itu, peperangan tidak perlu dimulakan. Semasa perang, negara menggunakan perang saraf untuk meyakinkan pasukan tentera musuh bahawa perjuangan mereka itu tidak adil dan sia-sia, dan untuk melemahkan keyakinan terhadap para pemimpin. Matlamatnya ialah memusnahkan tekad musuh untuk berperang. | UMUM | |
SINDIKELISME | Sindikelisme ialah pergerakan buruh revolusioner yang mencapai kepopularannya yang terbesar di Perancis sepanjang akhir tahun 1800-an hingga awal tahun 1900-an. Matlamat utama sindikelisme ialah melahirkan sebuah masyarakat, persatuan pekerja memiliki dan mengendalikan semua cara pengeluaran serta menguasai kerajaan. Persatuan pekerja seperti itu berkembang daripada kesatuan sekerja yang sedia ada. Perkataan sindikelisme berasal daripada perkataan Perancis sydicat, yang bererti kesatuan. | UMUM | |
IKHSYIDIYYAH, KERAJAAN | Ikhsyidiyyah, Kerajaan ialah salah sebuah kerajaan Islam yang mencapai kemerdekaan daripada kerajaan Abbasiyyah di Mesir dan Syria (324–358 H. / 935–969 M.). | UMUM | Umum |
ZENGER, JOHN PETER | Zenger, John Peter (1697–1746), mencapai kemenangan besar yang pertama untuk kebebasan akhbar di Tanah Jajahan Amerika. Pada tahun 1733, para pesaing politik gabenor Inggeris, William Cosby, melantik Zenger sebagai pencetak New York Weekly Journal. | UMUM | |
BODHISATWA | BODHISATWA, konsep penting dalam ajaran Buddhisme. Apabila ajaran Buddhisme berpecah kepada dua mazhab yang besar, iaitu Mahayana dan Hinayana (The ravadin), konsep bodhisatwa lebih menonjol dalam ajaran Mahayana. Konsep bodhisatwa dalam ajaran Hinayana Buddhisme ditujukan kepada Gautama Buddha dlam kehidupannya sebelum dia mencapai tahap ‘pencerahan’ (enlightenment). Dalam ajaran Mahayana Buddhisme pula, bodhisatwa ditujukan kepada sesiapa yang telah menangguhkan mencapai nirwana untuk kepentingan dirinya, sebaliknya akan berkhidmat kepada masyarakat untuk seimbang mereka ke arah mencapai nirwana, iaitu mencapai kebebasan abadi. Jelasnya, dalam ajaran Mahayana, bodhisatwa merupakan penaung kepada masyarakat dan pembimbing mereka ke arah mencapai nirwana. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Agama/Fahaman/Aliran/Ideologi |
SLOVAKIA | Slovakia ialah sebuah negara di tengah Eropah yang mencapai kemerdekaan pada 1 Januari 1993. Negara ini disempadani Poland di sebelah utara, Ukraine di timur, Hungary di selatan, dan Austria serta Republik Czech di barat. Dari tahun 1918 hingga 31 Disember 1992, Slovakia dan Republik Czech merupakan rakan dalam negara yang lebih besar, iaitu Czechoslovakia. Kerajaan komunis mengambil alih tampuk pemerintahan Czechoslovakia dari tahun 1948 hingga tahun 1989. | UMUM | |
MORTAR | Mortar ialah sejenis senjata jarak dekat yang digunakan untuk mencapai sasaran dekat yang terlindung oleh bukit atau halangan lain. Mortar menembak peluru pada lengkungan yang luas dan menyingkirkan halangan tersebut. Ia mempunyai sudut tembakan yang lebih luas, laras yang lebih pendek dan halaju laras yang lebih rendah daripada meriam atau howitzer. Mortar adalah ringan, mudah dialih dan mempunyai kuasa tembakan yang tinggi. | UMUM | |