ABU AL-FIDA’, ‘IMAD AL-DIN ISMA‘IL | Abu al-Fida’, ‘Imad al-Din Isma‘il (672 H.–732 H. /1273 M.–1331 M.), ahli sejarah, geografi dan sasterawan. Nama penuh ‘Imad al-Din Isma‘il Abu al-Fida’ ialah Isma‘il ibn Ali ibn Mahmud ibn Muhammad ibn ‘Umar ibn Shahnashah ibn Ayyub. Bapanya pernah memerintah Hamat. Dia pernah bersama-sama bapanya menyertai Perang Salib ketika usianya 12 tahun. Abu al-Fida’ banyak menceburkan diri dalam beberapa bidang lasak seperti ketenteraan di samping memberi perhatian khusus dalam bidang sejarah dan sastera. | UMUM | |
PERADUAN MENGARANG NOVEL | PERADUAN MENGARANG NOVEL, peraduan menulis genre novel. Peraduan ini dianjurkan bertujuan untuk memupuk, mencungkil dan mempergiatkan lagi pengarang novel yang berbakat, terutama pengarang yang baru menceburkan diri dalam bidang ini. Ia juga untuk meningkatkan nilai penciptaan, mempelbagaikan tema dan persoalan yang berhubungan dengan kemasyarakatan dan kemanusiaan pada sesuatu konteks zaman. Penganjur juga berharap agar peraduan ini akan berhasil memperbanyakkan novel dalam khazanah kesusasteraan Melayu moden. | SASTERA | Konsep |
RAJA LOPE RASHID | RAJA LOPE RASHID (1909- ), anggota Skuad Pertama Kompeni Percubaan Askar Melayu. Dia lahir pada 1 Julai 1909 di Teluk Anson, Perak. Nama sebenarnya ialah Raja Lope Nor Rashid bin Raja Abdul Rahman. Dia mendapat pendidikan awal di Maktab Melayu Kuala Kangsar, Perak. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Public School, Magdalan College, Oxford, England. Raja Lope adalah seorang kerabat diraja yang terulung menceburkan diri dalam bidang ketenteraan moden tanah air. Dia adalah salah seorang daripada 25 anak Melayu yang terpilih menyertai Skuad Pertama Kompeni Percubaan Askar Melayu di Port Dickson pada 1 Mac 1933. Dia juga salah seorang daripada dua anggota Kompeni Percubaan terulung yang diberikan pangkat lans koperal. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SALMI MANJA | SALMI MANJA, (1937 - ), wartawan dan penulis Singapura. Dia lahir pada 24 Julai 1937 di Singapura. Nama sebenarnya ialah Saleha Abdul Rashid. Nama samaran yang digunakannya ialah Melati Desa dan Rashidah Saleh. Salmi mendapat pendidikan Inggeris dan Arab di Sekolah Inggeris Tong Chai, Tanjung Katund an Sekolah Arab Darul Maarif, Ipoh Lane, Singapura. Selepas tamat sekolah menengah, dia bekerja sebagai guru agama di sekolah lamanya sebelum menceburkan diri dalam bidang kewartawanan. | SASTERA | Tokoh |
MOHAMED KHIR JOHARI, TAN SRI | MOHAMED KHIR JOHARI, Tan Sri (1923- ), ahli politik. Dia lahir pada 29 Januari 1923 di Alot Setar, Kedah. Dia mendapat pendidikan awal di sekolah Melayu. Kemudian dia melanjutkan pelajarannya di Kolej Sultan Abdul Hamid, Alot Setar pada tahun 1938. Ketika menuntut di kolej, dia amat aktif dalam sukan dan pernah menulis tentang permainan sepak raga untuk majalah kolej. Dia memulakan kerjaya sebagai guru. Setelah itu dia meletak jawatan untuk menceburkan diri dalam politik. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
BOKOR HUTASUHUT | BOKOR HUTASUHUT (1934- ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 2 Jun 1934 di Balige, Sumatera Utara, Indonesia. Pendidikan terakhirnya di Sekolah Menengah Atas Medan pada tahun 1956 (tamat Kelas Dua). Dia pernah menjadi redaktur kebudayaan majalah Waktu dan Pelangi di Medan (1955-1962). Kemudian dia dilantik sebagai Setiausaha Yayasan Sastra (1963-1966). Ketika berlangsungnya Konperensi Kaeyawan Pengarang Se-Indonesia di Jakarta (1-7 Mac 1964), Bokor telah dilantik sebagai setiausaha agung. Bokor mula menceburkan diri dalam bidang penulisan pada tahun 1950-an. Bagaiamapun, dia hanya produktif berkarya selama lebih kurang dua dekad sahaja iaitu hingga akhir tahun 1960-an atau awal tahun 1970-an. Karya-karyanya terutama cerpen sering tersiar dalam majalah Kisah, Mimbar, Indonesia, Konfontasi, Cerita, Siasat dan Sastra. Kumpulan cerpennya yang diterbitkan ialah Datang Malam (1963). Sedangkan novelnya pula ialah Penakluk Ujung Dunia (1964) dan Tanah Kesayangan (1965). Cerita bersirinya yang berjudul Pantai Barat menerima Hadiah Kedua majalah Sastra (1963) dan diterbitkan sebagai sebuah novel pada tahun 1988. | SASTERA | Tokoh |