DIAMETER | Diameter, dalam geometri ialah jarak satu garis lurus segmen yang merentas di tengah-tengah bulatan atau sfera, dan mencecah sempadan rajah pada titik bertentangan. Diameter juga nama untuk garisan segmen. | UMUM | |
NIGERIA | Nigeria ialah negara Islam yang terletak di pesisiran pantai barat Afrika dan mempunyai penduduk paling padat di benua Afrika. Penduduknya mencecah sehingga 117 juta orang dan menduduki tempat ke-10 di dunia dari segi kepadatan penduduk. | UMUM | |
OSPREY | Osprey, yang juga dikenali sebagai lang ikan , ialah burung yang memakan ikan. Osprey menjunam ke dalam air dari ketinggian 15 hingga 30 meter untuk mencari makanan. Kakinya dahulu mencecah air dengan cepukan yang kuat dan mencekau ikan dengan cakarnya yang panjang runcing. Burung ini hidup di seluruh dunia di sepanjang sungai, tasik, pantai, dan teluk. Osprey di kawasan utara berhijrah ke kawasan panas pada musim sejuk. | UMUM | |
LUMBA JALAN KAKI | Lumba jalan kaki ialah acara yang memerlukan pergerakan langkah yang berterusan dan sentiasa mencecah bumi. | SUKAN | Permainan/Sukan/Rekreasi |
PULAU GUADALCANAL | Pulau Guadalcanal terletak di Laut Karang di timur bahagian paling selatan New Guinea. Ia pulau terbesar bagi kepulauan Solomon. Honiara, ibu negeri dan bandar terbesar negara ini terletak di Guadalcanal. Guadalcanal meliputi kawasan seluas 6475 kilometer persegi. Gunung-ganang di pulau ini mencecah ketinggian 2400 meter. Kebanyakan penduduknya yang seramai 71 000 itu ialah orang Melanesia. Keluaran utama pulau ini ialah pisang, kelapa, nanas, getah, dan emas. | UMUM | |
PERGUNUNGAN ANDES | Pergunungan Andes ialah rangkaian gunung di atas aras laut yang terpanjang di dunia. Pergunungan ini menganjur di sepanjang seluruh pantai barat Amerika Selatan dari Tanjung Horn ke Panama dan Venezuela bagi jarak sejauh 7200 kilometer. Hanya pergunungan Himalaya di utara India dan Tibet yang lebih tinggi daripada Pergunungan Andes. Banyak puncak Andes mencecah ketinggian melebihi 6100 meter. Ukuran keratan rentas bahagian Andes yang paling lebar adalah kira-kira 650 kilometer. Dalam bahasa Sepanyol, Andes dikenali sebagai Cordillera de los Andes , Rangkaian Pergunungan Andes. | UMUM | |
POKOK BERINGIN | Pokok beringin ialah sejenis pokok ara yang tumbuh di India dan negara-negara jiran. Satu pokok beringin mempunyai banyak batang dan boleh kelihatan seperti hutan kecil. Pokok ini tumbuh dengan pelik. Burung menggugurkan biji beringin ke atas dahan teratas pokok palma dan pokok-pokok lain. Biji ini bercambah di atas silara pokok dan dahan pun tumbuh. Akhirnya, dahan mengeluarkan akar yang mencecah tanah. Topang ini kemudiannya membesar menjadi batang dan tumbuh dahan baru. Lama-kelamaan, pokok beringin membunuh pokok topang dengan menjerutnya. | UMUM | |
TIMUR TENGAH | Timur Tengah ialah kawasan yang amat luas meliputi sebahagian besar benua Afrika Utara, Barat Daya Asia dan Tenggara Eropah. Para pengkaji tidak sependapat dalam pemetaan yang tepat bagi kawasan Timur Tengah ini. Walau bagaimanapun mereka sekata bahawa kawasan ini merangkumi negara-negara berikut: Cyprus, Mesir, Iran, Iraq, Palestin , Jordan, Kuwait, Lubnan, Oman, Qatar, Bahrain , Arab Saudi, Sudan, Syria, Turki, Emiriah Arab Bersatu, dan Yaman. Keluasan keseluruhan kawasannya kira-kira 9 694 000 kilometer persegi. Penduduknya pula mencecah 262 juta orang. | UMUM | |