AUTOBIOGRAFI | Autobiografi adalah satu jenis penulisan biografi. Dalam autobiografi penulis menceritakan riwayat hidup dirinya sendiri. Autobiografi menceritakan keadaan hidup peribadi orang yang menarik kepada pembaca. Ia juga memberikan maklumat oleh pemerhati sebenar tentang peristiwa sejarah atau cerita oleh orang yang membantu mencipta sesuatu peristiwa. Sesetengah orang menggunakan autobiografi untuk menerangkan atau mewajarkan tindakan dalam hidup mereka. Sesetengah autobiografi diilhamkan oleh perasaan nostalgia yang berkaitan dengan zaman silam penulis. Yang lainnya pula ditulis oleh orang masyhur yang berasa bahawa mereka boleh memperoleh wang dari minat orang ramai yang ingin tahu tentang kehidupan mereka. | UMUM | |
QISASUL ANBIA" | kitab yang menceritakan kisah para nabi. | AGAMA | Konsep |
EPIK | Epik ialah puisi hikayat yang panjang. Hampir semua epik menceritakan keperwiraan orang kayangan dan orang yang terlibat dalam peperangan atau pengembaraan. | UMUM | |
MANIFEST DESTINY | Manifest destiny ialah satu istilah yang digunakan untuk menceritakan kepercayaan pada tahun 1840-an semasa perkembangan wilayah di Amerika Syarikat. | UMUM | |
ARJUNA | Arjuna ialah wira dalam puisi epik India, Mahabharata , yang menceritakan peperangan antara adik-beradik Pandava dan sepupu Kaulava. Arjuna ialah anak ketiga daripada lima adik- beradik Pandava. Kisah hidupnya merupakan satu siri peperangan dan kejayaan. Arjuna dipaparkan sebagai seorang wira yang unggul. Dia berani, kacak, mulia, pemurah, dan seorang kekasih yang romantis. Lihat Mahabharata. | UMUM | |
SCYLLA | Scylla, dalam mitologi Yunani, pada mulanya merupakan seorang bidadari yang cantik. Penyair Rom, Ovid menceritakan bagaimana dewa laut, Glaucus, jatuh cinta dengan Scylla apabila Glaucus melihat Scylla berjalan di pantai Selat Messina. Scylla tidak mencintai Glaucus. Glaucus mendapatkan bantuan tukang sihir wanita bernama Circe. Circe pula meminta Glaucus mencintainya dan bukan Scylla, tetapi Glaucus enggan melayaninya. Circe menjadi sangat marah dan menukar Scylla menjadi raksasa laut, yang mempunyai tubuh separuh wanita dan separuh ikan serta beberapa kepala anjing tumbuh dari pinggangnya. | UMUM | |
MITCHISON, NAOMI | Mitchison, Naomi (1897–1999) ialah penulis British yang popular dengan beberapa novelnya yang menceritakan kisah purba Yunani dan Mesir. Novelnya terkenal kerana gaya penulisannya sungguh berkesan. Novelnya termasuklah When the Bough Breaks (1924), dan Black Sparta (1928). Karya popularnya yang lain termasuklah The Corn King and the Spring Queen (1931), sebuah karya fantasi sejarah. Karyanya yang terkemudian termasuklah Don’t Look Back (1969), What Do You Think Yourself (1982), Not By Bread Alone (1983), dan Among You Taking Notes (1985). Nama sebenarnya ialah Naomi Margaret Haldane, dan lahir di Edinburgh, Scotland. Dia mendapat pendidikan di Oxford University. | UMUM | |
AIR PANCUT REMAJA | Air pancut remaja (Fountain of Youth) ialah mata air khayalan. Banyak cerita legenda menceritakan air pancut ini di Eropah dan Amerika. Airnya dipercayai boleh membuatkan orang tua menjadi muda dan menyembuhkan pelbagai jenis penyakit. | UMUM | |
NAGA LAUT | Naga laut ialah makhluk laut yang besar, yang mungkin makhluk khayalan. Sejak zaman purba, legenda kebanyakan bangsa telah menceritakan makhluk seperti naga laut, naga, dan unikon. Saksi telah melaporkan melihat naga laut, tetapi tiada satu pun makhluk bak ular ini dapat ditangkap atau terdampar di pantai. | UMUM | |
MINERVA | Minerva ialah seorang dewi yang paling penting dalam mitologi Rom purba. Dia merupakan anak kesayangan Jupiter, raja segala dewa. Sebuah mitos menceritakan tentang Minerva yang dilahirkan daripada dahi Jupiter dalam keadaan sudah membesar sepenuhnya dan lengkap berperisai. Minerva menyerupai dewi Yunani yang bernama Athena dan merupakan seorang dara sepertinya. | UMUM | |