Brandt, Willy (1913–1992) ialah canselor Jerman Barat yang dipilih pada tahun 1969. Dia meletakkan jawatan pada tahun 1974, selepas salah seorang daripada penolongnya didapati menjadi perisik Jerman Timur. Walaupun Brandt menafikan apa-apa pengetahuan tentang kegiatan merisik penolong itu, dia menerima sepenuh tanggungjawab mengenainya. Sebelum berkhidmat sebagai canselor, Brandt menjadi naib canselor dan menteri luar dari tahun 1966 hingga tahun 1969. Dia adalah datuk bandar Berlin Barat dari tahun 1957 hingga tahun 1966. Pada tahun 1971, Brandt menerima Hadiah Nobel Keamanan kerana usahanya untuk mengurangkan ketegangan antara negara-negara Komunis dengan bukan Komunis. Di bawah Brandt, Jerman Barat menandatangani persetiaan tidak mencerobohi Kesatuan Soviet dan negara-negara lain di Eropah Timur. Kerajaannya berusaha untuk memulihkan hubungan antara Jerman Timur dengan Jerman Barat dan untuk mengurangkan ketegangan antara Berlin Timur dengan Berlin Barat. Semasa mudanya, Brandt menyertai Parti Demokratik Sosial dan secara terbuka menentang
|