PERANG ROS | Perang Ros mencetuskan persengketaan awam di England pada akhir tahun 1400-an. Dua wangsa diraja berperang untuk merebut takhta. Simbol yang dipilih oleh setiap pihak merupakan nama bagi perang ini. Wangsa York sudah lama menggunakan bunga ros putih sebagai lambangnya. Wangsa Lancaster pula dikaitkan dengan lambang ros merah, tetapi ahli sejarah tidak pasti bila lambang ini bermula. Sesetengahnya berpendapat bahawa lambang ros merah hanya wujud sewaktu pertempuran yang terakhir. Perang ini bermula pada tahun 1455 dengan Pertempuran Saint Albans, dan berakhir pada tahun 1485 dengan Pertempuran Bosworth Field. | UMUM | |
SIEYÈS, EMMANUEL JOSEPH | Sieyès, Emmanuel Joseph (1748–1836), yang terkenal dengan nama Abbé Sieyès, membantu mencetuskan Revolusi Perancis dengan buku kecilnya, What is the Third Estate? Dalam buku kecil yang diterbitkan pada tahun 1789 ini, Sieyès menegaskan bahawa rakyat sepatutnya mempunyai hak untuk bersuara dalam kerajaan.
| UMUM | Konsep |
ADAMS, SAMUEL | Adams, Samuel (1722–1803) ialah patriot dan ahli politik Amerika yang mencetuskan tentangan terhadap pemerintahan British di tanah jajahan Amerika Utara. Walau bagaimanapun, Adams mencuba menjadikan rakyat berusaha menuntut hak mereka secara aman melalui jawatankuasa dan mesyuarat lain. Dia sanggup menjustifikasi tentangan secara keganasan terhadap Great Britain hanya jika segala usaha lain gagal. Adams ialah penandatangan Perisytiharan Kemerdekaan. | UMUM | |
PERISTIWA PETROV | Peristiwa Petrov ialah peristiwa yang dinamakan sempena nama Vladimir Petrov (? – 1991), yang mencetuskan satu kontroversi getir di Australia . Ia bermula pada tahun 1954, apabila Perdana Menteri Robert Menzies mengumumkan bahawa Petrov, seorang pegawai di Kedutaan Soviet di Canberra, Victoria telah memohon untuk mendapatkan suaka politik di Australia. Menzies menyatakan Petrov telah mendedahkan wujudnya suatu kumpulan pengintip Soviet di Australia. | UMUM | |
SERVICE, JAMES | Service, James (1823–1899) ialah pemimpin politik Australia yang menjadi pemimpin gerakan persekutuan yang mencetuskan pembentukan Komanwel Australia pada tahun 1901. Service ialah perdana menteri Victoria pada tahun 1880 dan dari tahun 1883 hingga tahun 1886. Pada tahun 1884, dia telah menubuhkan majlis persekutuan yang dikuasainya sehingga tahun 1889. Dia mewakili Victoria di persidangan kolonial London pada tahun 1887, dan di persidangan persekutuan di Sydney pada tahun 1890. Service lahir di Kilwinning, Ayrshire, Scotland. Dia berhijrah ke Melbourne pada tahun 1853. | UMUM | |
NORTH, LORD | North, Lord (1732–1792), Frederick, Earl of Guilford , perdana menteri Britain yang pemikiran ceteknya terhadap tanah jajahan Amerika membantu mencetuskan Revolusi Amerika. | UMUM | |
PLATH, SYLVIA | Plath, Sylvia (1932–1963) ialah penyair dan penulis fiksyen Amerika. Penulisannya menggambarkan pandangan yang bernas, sindiran yang tajam, dan mencetuskan perasaan sedih. Penulisannya amat bersimpati terhadap penderitaan kaum wanita, golongan muda, artis, orang yang sukar menyesuaikan diri, dan pemberontak. Walaupun dia meninggal dunia pada usia yang muda, dia dianggap sebagai salah seorang penulis Amerika yang paling berpengaruh sejak tahun 1940-an. | UMUM | |
PERANG DUNIA I | Perang Dunia I (1914–1918) melibatkan lebih banyak negara dan menyebabkan lebih besar kemusnahan daripada sebarang perang lain kecuali Perang Dunia II (1939–1945). Peluru pembunuh di Austria-Hungary mencetuskan perang, dan sistem perikatan tentera menjerumuskan kuasa-kuasa besar Eropah ke dalam kancah peperangan. Setiap pihak menjangkakan kemenangan segera. Tetapi perang berlaku selama empat tahun dan mengorbankan hampir 10 juta askar. | UMUM | |
PERANG RUSIA-JEPUN | Perang Rusia-Jepun menaikkan taraf Jepun sebagai kuasa utama dunia. Kekalahan Rusia dalam peperangan ini meningkatkan perasaan tidak puas hati penduduknya terhadap kerajaan yang dicemari rasuah dan pentadbiran yang teruk. Ketidakpuasan hati ini mencetuskan Revolusi Rusia pada tahun 1905. Perang Rusia-Jepun bermula pada 8 Februari 1904 apabila Jepun menyerang Lüshun (juga dikenali sebagai Port Arthur) di Manchuria. Perang ini tamat pada 5 September 1905 dengan Perjanjian Portsmouth ditandatangani. | UMUM | |
KING, STEPHEN | King, Stephen (1947– ) ialah penulis popular Amerika yang menulis cerita seram dan ngeri. King ialah penulis cerita yang plotnya menitikberatkan kesan kejahatan dan ketakutan. Dia sering mencetuskan keadaan yang menggerunkan daripada watak dan tempat moden yang biasa. | UMUM | |