Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.da.lam] | مندالم

Definisi : 1. menjadi dalam atau lebih dalam (bkn lubang dsb), bertambah dalam: lukanya semakin ~ kerana tidak dirawat dan dibubuh ubat; 2. menjadi kukuh dan tidak mudah luput (bkn perasaan, kepercayaan terhadap sesuatu dll), menjadi berat, melarat (bkn penyakit dll): perasaan cintanya terhadap Bibah semakin ~; kebencian yg ~; tradisi lama di kampungku terlalu ~; 3. sampai ke peringkat yg terperinci (bkn kajian dsb), luas dan teliti (meliputi banyak aspek): kajiannya tentang sastera Melayu kurang ~; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[men.da.lam] | مندالم

Definisi : 1 bertambah dalam; menjadi dalam: Lukanya kian ~ kerana tidak diubati. 2 teliti (sempurna, luas dll): Pengetahuannya ttg sastera Melayu sungguh ~. 3 lebih melarat (penyakit); lebih dalam, kuat, kukuh (bkn perasaan): Perasaan bencinya terhadap bangsa asing sungguh ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendalam


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MICHELANGELO

Michelangelo (1475–1564) ialah salah seorang

daripada pelukis yang paling terkenal dalam

sejarah. Dia mempunyai minat yang mendalam

khususnya dalam bidang ciptaan patung marmar

yang besar, tetapi daya usaha kreatifnya yang

tidak berkesudahan itu juga telah menyebabkan

Michelangelo menjadi seorang pelukis, arkitek

dan penyair yang unggul. Dia juga seorang

daripada yang paling terkenal pada zamannya, di

samping pemimpin Renaissance Itali yang hebat,

satu tempoh kelahiran semula minat dalam seni

lukis dan pembelajaran tentang Yunani dan Rom

purba.

UMUM 
THOMPSON, FRANCIS

Thompson, Francis (1859–1907) ialah penyair

Inggeris. Dia menghasilkan puisi penuh emosi

yang menggambarkan kepercayaannya yang

mendalam terhadap Roman Katolik. “ The Hound of

Heaven ” (1893) ialah karyanya yang paling terkenal.

Puisi tersebut menggambarkan Jesus Christ

sebagai pemburu yang baik hati yang mendalami

dan akhirnya menghayati jiwa penyair yang

terawang-awang.

UMUM 
LESSING, DORIS

Lessing, Doris (1919– ), penulis wanita

Inggeris yang terkenal dengan karya novel. Karya

cerekanya memaparkan penekanan yang begitu

mendalam terhadap moral, politik dan sikap

psikologi dan juga peranan wanita pada zaman

moden.

UMUM 
REYNOLDS, SIR JOSHUA

Reynolds, Sir Joshua (1723–1792), pelukis

potret Inggeris yang ulung. Potret lukisan Reynolds

menunjukkan kemahirannya menghidupkan subjek

dan juga kefahaman yang mendalam tentang sifat

dan tabiat manusia. Antara karya Reynolds

termasuklah potret Hon. Augustus Keppel (1754),

William Robertsen (1772), dan Sarah Siddons as the

Tragic Muse (1784). Reynolds menulis 15 esei

tentang pendidikan seni yang dikenali sebagai

Discourses yang menekankan kepentingan

kehebatan kesenian dan keperluan menjalankan

latihan akademik yang tegar.

UMUM 
SEKS

Seks ialah apa yang membezakan lelaki daripada

wanita. Seks juga menjadikan mereka tertarik

dengan satu sama lain dan melibatkan perasaan

dan keinginan yang mendalam. Melalui seks,

lelaki dan wanita berminat dengan satu sama lain,

jatuh cinta, berkahwin dan mempunyai anak.

Haiwan dan tumbuhan peringkat tinggi

menghasilkan jenisnya sendiri, dari generasi ke

generasi, melalui pembiakan seks. Walau

bagaimanapun, bagi manusia, seks melibatkan

lebih lagi daripada pembiakan. Ia mempunyai

kesan biologi, psikologi dan sosiologi yang

semula jadi dan penting terhadap kehidupan

mereka.

UMUM 
PUISI

Puisi ialah susunan kata-kata mengikut pola bunyi

dan makna. Puisi boleh menggabungkan pola ritma

bersama imej untuk menghasilkan kesan yang indah

atau mendalam. Puisi membentuk idea, pemikiran,

dan perasaan dalam cara yang istimewa.

UMUM 
OPERA

Opera ialah drama yang pelakonnya

menyanyikan, bukan mengucapkan, semua atau

sebahagian besar dialognya. Jalan ceritanya kerap

kali sangat dramatik, menggambarkan perasaan

yang mendalam yang biasa dialami oleh manusia

sepanjang zaman. Beberapa opera yang paling

masyhur memaparkan unsur yang sangat tragik.

Opera berkemungkinan merupakan yang paling

kompleks antara semua bentuk kesenian. Ia

menggabungkan lakonan, nyanyian, muzik

orkestra, kostum, pemandangan, dan sering kali

balet atau beberapa bentuk tarian yang lain.

UMUM 
STANISLAVSKI, KONSTANTIN

Stanislavski, Konstantin (1863–1938) ialah nama

pentas seorang pengarah dan pelakon terkenal

Russia. Dia cuba menghasilkan persembahan yang

sebenar dengan meminta pelakon-pelakonnya

menghayati secara mendalam terhadap karekter, dan

mengandaikan bahawa mereka sendiri adalah

wataknya. Berlakon dengan menghidupkan watak

sebenar dikenali sebagai “pendekatan Stanislavski.”

UMUM 
TANDA SERU

Tanda seru ialah tanda baca yang ditunjukkan

sebagai ! di hujung ayat. Tanda seru menunjukkan

perasaan berhubung dengan apa yang ditulis. Ia

menjadi tanda isyarat kepada pembaca bahawa

sesuatu ayat mengungkapkan perasaan yang

mendalam. Tetapi biasanya ia adalah pengganti yang

lemah bagi teknik penulisan yang sepatutnya

digunakan oleh penulis yang baik untuk menyatakan

emosi yang kuat.

UMUM 
NAMIER, SIR LEWIS

Namier, Sir Lewis (1888–1960) merupakan salah

seorang ahli sejarah yang paling berpengaruh

pada zamannya. Bukunya, The Structure of Politics

at the Accession of George 111 (1929),

menunjukkan pengetahuannya yang mendalam

tentang sejarah politik British pada zaman

pemerintahan George. Hasilnya yang penting

tentang sejarah zaman George juga termasuklah

Crossroads of Power (1982), iaitu himpunan 20 hasil

ceramahnya. Hasil karyanya yang lain termasuk In

the Margin of History (1939), Conflicts (1942),

Avenues of History (1952), In the Nazi Era (1952),

Personalities and Powers (1955), dan Vanished

Supremacies (1958). Namier lahir di Rusia. Dia

menuntut di Oxford University.

UMUM 
123

Kembali ke atas