TINITUS | Tinitus ialah satu keadaan apabila bunyi didengar seolah-olah datang dari dalam kepala. Kebanyakan orang yang mengalami keadaan ini mendengar bunyi dering, dengung atau desis. Ada pula yang mendengar bunyi seperti bunyi cengkerik atau bunyi ombak. Bunyi yang didengar mungkin berterusan atau sekejap-sekejap. Ia mungkin didengar di dalam satu atau kedua-dua belah telinga. | UMUM | |
TELINGA | Telinga ialah organ deria yang membolehkan kita mendengar. Pendengaran ialah salah satu deria yang sangat penting. Pendengaran membolehkan kita berhubung antara satu sama lain melalui pertuturan. Perkembangan pertuturan itu sendiri amat bergantung kepada pendengaran. Kanak-kanak belajar bercakap dengan cara mendengar dan kemudiannya meniru percakapan orang lain. | UMUM | |
STETOSKOP | Stetoskop ialah sejenis alat yang digunakan oleh doktor untuk mendengar bunyi yang dihasilkan oleh organ tertentu dalam tubuh, seperti jantung, paru-paru, usus, vena, dan arteri. Stetoskop dapat mengesan bunyi daripada organ ini serta menahan bunyi lain daripada mengganggu. Kaedah mendengar ini, yang dikenali dengan istilah auskultasi, dapat membantu doktor mengenal pasti penyakit. Doktor boleh mengesan perubahan bunyi organ yang disebabkan oleh penyakit yang berlainan jenis. | UMUM | |
THE COURT OF HIGH COMMISSION | The Court of High Commission merupakan mahkamah yang terpenting dalam mahkamah eklesiastikal Inggeris. Mahkamah ini diwujudkan untuk mendengar kes yang membabitkan penentangan terhadap Gereja England. The Court of High Commission ini diwujudkan pada sekitar tahun 1500-an. Kuasanya ditentukan sepenuhnya pada tahun 1611. Kes-kes yang didengarnya berkaitan dengan kes kesesatan dan lain-lain eklesiastikal, dan jenayah yang membabitkan paderi. Ia juga mendengar kes perceraian. The Court of High Commission ialah gereja yang seumpama Court of Star Chamber (lihat Star Chamber ). Penubuhannya membangkitkan kebencian kerana banyak aktiviti yang dilakukan bertentangan dengan prinsip common law di England . Kadangkala biskop yang menjadi hakim di Court ini adalah antara mereka yang terbabit dengan persengketaan yang dibicarakan. The Court of High Commission ini dihapuskan oleh Parlimen Long pada tahun 1641. | UMUM | |
SINGA | Singa ialah sejenis kucing yang besar, kuat. Barangkali singa adalah anggota yang terkenal dalam famili kucing. Manusia ketakutan apabila mendengar ngauman singa dan berasa jadi takjub melihat kekuatan dan kehebatan rupanya. Singa dikenali sebagai “raja haiwan”, dan terkenal sebagai lambang kecantikan dan kekuatan. | UMUM | |
SIRENS | Sirens ialah nimfa laut dalam mitologi Yunani yang tinggal di sebuah pulau. Dua Sirens ada disebutkan dalam puisi epik Yunani, Odyssey. Kebanyakan pengarang yang terkemudian menulis tentang kira-kira tiga Sirens dalam karya mereka. Nyanyian merdu Sirens mengumpan pelaut menuju kebinasaan di pantai pulau yang berbatu-batan. Dalam sesetengah cerita, Sirens-Sirens akan mati jika dapat belayar tanpa merasa terharu mendengar nyanyian mereka. Wira Odysseus (Ulysses dalam bahasa Latin menyumbatkan lilin di dalam telinga kelasinya supaya mereka tidak dapat mendengar suara Sirens. Kemudian dia meminta dirinya diikat pada tiang. Odysseus dengan itu dapat mendengar suara Sirens tanpa membahayakan kapalnya. Dalam seni lukis, Sirens pada mulanya digambarkan sebagai burung yang berkepala wanita dan kemudiannya sebagai wanita yang berkaki burung dan kadangkala bersayap. Lihat juga Odyssey (gambar;) Capri. | UMUM | |
SINARAN | Sinaran ialah tenaga yang dibebaskan dalam bentuk gelombang atau zarah jirim yang kecil. Sinaran terdapat di seluruh alam semesta dan wujud dalam banyak bentuk. Kebanyakan orang pernah mendengar tentang sinar-x, sinar gama dan sinaran daripada reaktor nuklear. Jenis sinaran ini sering dianggap sebagai bahaya terhadap kesihatan, walaupun sinar-x dan sinar gama juga mempunyai kegunaan yang bernilai dalam perubatan. Tetapi, terdapat banyak bentuk sinaran yang lain. | UMUM | |
SHARP, CECIL | Sharp, Cecil (1859–1924) ialah salah seorang pengumpul utama muzik rakyat Inggeris. Dia mengembara ke seluruh England, dan ke Pergunungan Appalachian di Amerika Syarikat, untuk mendengar muzik rakyat. Sharp lahir di London. Setelah selesai pengajiannya, dia tinggal di Australia selama beberapa tahun. Dia kembali ke England dan menjadi guru muzik di sekolah. Dia percaya bahawa muzik tradisional Jerman eksklusif yang diajar di sekolah ketika itu, perlu ditambah dengan beberapa muzik British. Idea ini mendorongnya memulakan penyelidikan terhadap muzik rakyat. | UMUM | |
PSIKOSIS | Psikosis ialah istilah yang digunakan untuk menerangkan penyakit mental yang teruk. Psikosis dicirikan dengan berbagai-bagai gejala yang dianggap tidak normal oleh kebanyakan orang. Gejala ini termasuk halusinasi , seperti mendengar suara sedangkan tiada sesiapa pun di sekitarnya, dan delusi , seperti perasaan sedang diseksa atau ada orang sedang membuat rancangan jahat terhadapnya (liha t Delu si; Halusinasi ). | UMUM | |
ANJING PANDU | Anjing pandu ialah anjing yang dilatih khas untuk memandu orang buta atau untuk menyedarkan orang rosak pendengaran terhadap bunyi yang penting. Anjing yang memandu orang buta dinamakan anjing pandu atau anjing melihat, dan anjing yang membantu orang rosak pendengaran dinamakan anjing mendengar atau anjing telinga mendengar. | UMUM | |