| PELAKSANAAN SPESIFIK | Salah satu remedi bagi perlanggaran kontrak yang bertujuan mendesak agar kewajipan sesuatu kontrak dipenuhi. | UNDANG-UNDANG | Konsep |
| POPULISME | Populisme ialah pergerakan politik Amerika yang mencapai puncak kekuatannya pada tahun 1890-an. Populis ini mendesak supaya kerajaan menambah penawaran wang, memperketatkan peraturan kerajaan terhadap perniagaan, dan perubahan lain yang dipercayai boleh membantu golongan petani dan buruh. Selain itu, mereka juga melaungkan pembaharuan untuk meningkatkan kuasa politik pengundi. Ramai pemimpin pergerakan ini terdiri daripada tokoh pelbagai warna kulit yang meniupkan keresahan di kalangan orang ramai dengan ucapan yang membangkitkan semangat. | UMUM | |
| MARAT, JEAN PAUL | Marat, Jean Paul (1743–1793) ialah pemimpin radikal Revolusi Perancis. Dia menambahkan kekejaman revolusi tersebut dengan mendesak supaya penentang revolusi dibunuh. | UMUM | |
| MAHAVIRA | Mahavira (599?–527? S.M.) ialah guru agama Jainisme. Dia tinggal di India. Para pengikutnya percaya bahawa dia ialah anggota ke-24 daripada jurai guru yang agung. Mahavira menganjurkan sikap tidak berkeras dan mendesak para pengikutnya menunjukkan belas kasihan kepada semua makhluk, dan menjadi vegetarian supaya haiwan tidak dibunuh untuk makanan. | UMUM | |
| PERSEKUTUAN AUSTRALIA | Persekutuan Australia terbentuk dari tahun 1901, apabila keenam-enam tanah jajahan Australia menjadi negeri-negeri Komanwel Australia. Sebelum tahun 1889, beberapa kaedah penggabungan tanah jajahan tersebut telah dicuba, tetapi gagal. Pada tahun tersebut, Sir Henry Parkes, perdana menteri New South Wales, mendesak para penjajah tersebut supaya membentuk sebuah kerajaan pusat. Pada tahun 1890-an, banyak percubaan untuk membentuk sebuah persekutuan menemui kegagalan. Para perwakilan jajahan tersebut bersidang pada tahun 1891, 1893, 1898, dan 1899. Pada tahun 1899, sebuah jawatankuasa penggubal merangka Perlembagaan Persekutuan dan penduduk Australia mengundi untuk membentuk sebuah persekutuan. Duke of York, kemudian bergelar Raja George V, mengisytiharkan Komanwel Australia pada 1 Januari 1901. | UMUM | |
| SINN FÉIN | Sinn Féin ialah parti politik nasionalis yang memainkan peranan penting dalam usaha memperjuangkan Republik Ireland yang merdeka. Dalam perkataan Gaelik, ia bermaksud kita sendiri. Wartawan Ireland, Authur Griffith, membentuk Sinn Féin sebagai Persatuan Nasionalis Ireland pada tahun 1905. Pada masa itu Ireland adalah sebahagian daripada Great Britain. Sinn Féin mendesak orang Ireland supaya tidak membayar cukai, membantu Parlimen British, pasukan tentera atau mematuhi perintah Mahkamah British. | UMUM | |
| VICTORIA INSTITUTION | VICTORIA INSTITUTION, sekolah menengah yang tertua di Kuala Lumpur. Victoria Institution atau Sekolah Menengah Victoria ditubuhkan hasil daripada kesedaran beberapa orang kenamaan seperti Yap Kwan Seng, Loke Yew dan Thamboosamy Pillay tentang perlunya pendidikan untuk anak-anak watan di negeri Selangor. Mereka telah mendesak W.H. Treacher, Residen British Selangor, agar lebihan wang kutipan sempena sambutan Jubli Emas Ratu Victoria pada tahun 1887 digunakan untuk tujuan tersebut. Cadangan mereka disambut baik oleh Sir Frank Swettenham, Residen Jeneral, tetapi wang kutipan berjumlah $3,188 itu tidak mencukupi. Derma kedua dilancarkan lalu berjaya mengumpul sebanyak $10,753 dan kerajaan Selangor pula memperuntukkan sebanyak $7,000. Sultan Abdul Samad turut menyumbang sebanyak $1,100. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
| UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA | UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA, universiti pertama khusus untuk bidang sains dan teknologi. Sejarah awal Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bermula dengan pembukaan Sekolah Teknik pada tahun 1904. Objektif utama mewujudkan sebuah sekolah teknik ketika itu adalah untuk melatih tenaga pekerja bagi mengendalikan pembangunan prasarana seperti jalan kereta lembu dan jalan kereta api yang menghubungkan pusat-pusat perlombongan ke bandar pesisiran Selat Melaka seperti Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban. Oleh itu, bagi menampung keperluan yang mendesak ini sebuah sekolah teknik amat diperlukan. Sebuah dana permulaan yang berjumlah $300 000 daripada seorang dermawan telah diwujudkan pada tahun 1904 untuk tujuan pembinaan sekolah tersebut di Kuala Lumpur. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |