Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[men.do.mi.na.si] | مندوميناسي

Definisi : menguasai, menge­nakan atau menimpakan kekuasaan terhadap: mari kita tinjau bagaimana golongan yg bertanah dan berharta di desa ~ majoriti petani yg miskin. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mendominasi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RICHARDSON, HENRY HOBSON

Richardson, Henry Hobson (1838–1886),

arkitek Amerika yang pertama memperolehi

pengiktirafan di arena antarabangsa. Dia

mendominasi bidang seni bina Amerika Syarikat

pada tahun 1870-an dan 1880-an.

UMUM 
SIXTUS IV

Sixtus IV (1414–1484) adalah antara paus Zaman

Renaissance yang terkenal kerana jahatnya. Dia

dipilih sebagai paus pada tahun 1471, dan politik

Itali mendominasi banyak pemerintahannya. Dia

juga merupakan penaung besar bagi pembelajaran

dan seni Renaissance.

UMUM 
PARTI BUMIPUTERA SARAWAK

PARTI BUMIPUTERA SARAWAK, parti politik.  Parti ini ditubuhkan pada tahun 1966.  Kewujudan parti ini secara langsung memperlihatkan kebangkitan peribumi Islam dalam politik Sarawak.  Dua buah parti Negara Sarawak (PANAS) dan Barisan Rakyat Jati Sarawak (BARJASA).  Kedua-dua parti ini turut dianggotai oIeh golongan bumiputera bukan Islam. Kegagalan membawa masuk Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO) ke Sarawak memaksa parti Melayu yang sedia ada mencari cara yang lain bagi menyatukan orang Melayu dalam politik Sarawak.  Kegagalan menubuhkan cawangan UMNO di Sarawak berpunca daripada perlembagaan UMNO yang tidak membenarkan keahliannya daripada kaum bumiputera bukan Islam.  Selain itu, timbul juga kekhuatiran bahawa kemasukan UMNO akan menyebabkan parti politik itu akan mendominasi politik Sarawak.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKegiatan

Kembali ke atas