Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ne.la.Öah] | منلاعه

Definisi : 1. mengkaji semula (mengulang) pelajaran: Ani maju dlm pelajaran disebab­kan dia rajin ~; 2. memeriksai, meneliti, menyelidiki: ia berhati-hati ~ petanya dgn menentukan haluan dgn kompas itu; 3. menilik, menelah, meramalkan (nasib dll): dia ~ bahawa peperangan di Vietnam akan tamat pd tahun depan; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
telaah (kata nama,)
Bahasa Asal :Arab
Bersinonim dengan kajian, ulang kaji;,
Kata Terbitan : menelaah, penelaahan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENELAAH PELAJARAN

Menelaah pelajaran ialah usaha untuk

mempelajari sebarang mata pelajaran. Menelaah

ialah bahagian penting dalam pembelajaran kerana

sebahagian besar pencapaian di sekolah, sebahagian

besarnya bergantung kepada beberapa banyak yang

telah ditelaah. Seseorang tidak boleh mengharapkan

mempelajari semua yang perlu diketahui tentang

sesuatu mata pelajaran daripada guru di dalam bilik

darjah. Menelaah di luar bilik darjah juga perlu

dibuat. Gabungan pembelajaran di bilik darjah dan

menelaah pelajaran di luar bilik darjah dapat

menentukan sejauh mana pencapaian seseorang di

sekolah. Menelaah menjadi semakin penting apabila

seseorang meneruskan pelajaran dari sekolah

rendah ke sekolah menengah, dan seterusnya ke

kolej.

UMUM 
PERABOT

Perabot terdiri daripada kerusi, meja, katil, dan

kelengkapan lain yang memberikan keselesaan dan

kemudahan di dalam rumah, sekolah, dan pejabat

kita. Kita berehat di atas kerusi dan kerusi panjang,

dan menyimpan pelbagai barang di dalam peti,

kabinet dapur, dan almari buku. Meja tulis

menyediakan tempat untuk menelaah dan

membuat kerja-kerja menulis. Sesetengah set

televisyen dan sistem hi-fi mempunyai kabinet

yang menarik, dan oleh kerana itu, ia juga

dianggap sebagai perabot. Piano merupakan

sejenis perabot yang menarik di kebanyakan

rumah.

UMUM 
SUNAN KALIJAGASUNAN KALIJAGA ( ? - ? ), ulama dan pendakwah Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Raden Said atau Saka Setia.  Dia adalah anak Tumanggung Wilatika, Adipati Tuban.  Datuknya, Aria Teja III, sudah memeluk agama Islam. Oleh sebab itu, dia telah menerima didikan Islam sejak kecil lagi.  Malah masa remajanya banyak dihabiskan dengan menelaah kitab suci al-Qur’an serta mendalami ilmu agama.  Sunan Kalijaga adalah salah seorang ahli Walisongo Tanah Jawa yang berusaha mengembangkan agama Islam di Jawa pada abad ke-15.  Dia adalah ulama yang sezaman dengan Sunan Bonang dan Sunan Ampel yang kedua-duanya adalah gurunya.  Dia juga pernah berguru kepada Syekh Sutabaris, seorang ulama di Palembang.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas