Takat beku ialah suhu apabila sesuatu bahan berubah dari cecair menjadi pepejal. Takat beku bahan yang berlainan sangat berbeza-beza. Raksa, misalnya, membeku pada –38.87 ° C. Walau bagaimanapun, emas mempunyai takat beku 1063 ° C. Takat beku bahan tulen serupa dengan takat lebur nya (lihat Takat lebur ). Misalnya, air membeku pada 0 ° C, dan bentuk pepejalnya, ais, cair pada suhu yang sama. Apabila sesuatu bahan tulen berada pada takat bekunya, bentuk cecair dan pepejal bahan tersebut berada dalam keseimbangan dengan satu sama lain. Melainkan haba ditambah atau disingkirkan, ia akan kekal dalam keadaan itu secara tidak menentu kerana bagi setiap amaun cecair yang membeku, amaun pepejal yang sama cair. Haba yang mesti ditambah untuk mencairkan suatu unit kuantiti sesuatu bahan, atau disingkirkan untuk membekukannya, dikenali sebagai haba pelakuran. |