MENENUN | Menenun ialah proses membuat pakaian dengan menjalinkan dua set benang di atas dan di bawah antara satu sama lain. Banyak kain dan kebanyakan selimut, pakaian, serta ambal dihasilkan melalui tenunan. Tukang tenun menggunakan benang yang dipintal daripada gentian asli seperti kapas, sutera, dan bulu. Gentian tiruan yang kuat termasuk nilon dan orlon juga popular. | UMUM | |
ARACHNE | Arachne ialah seorang penenun yang mahir dalam mitologi Yunani. Dia suka bercakap besar bahawa dia boleh menenun kain yang lebih cantik daripada yang ditenun oleh Athena, dewi seni dan kraf tangan. Athena menerima cabaran Arachne untuk menyertai pertandingan menenun. Athena menenun dewangga yang menggambarkan manusia dihukum oleh dewa kerana keangkuhan mereka. Karya Arachne menunjukkan kelakuan tidak senonoh dewa dan dewi. Apabila Athena melihat karya Arachne secantik karyanya, dia pun mengoyakkan kain itu. Apabila Arachne cuba menggantung dirinya, Athena berasa kasihan lalu menukarkannya menjadi seekor lelabah. Kemahiran Arachne masih bertahan dalam memintal sarang oleh lelabah. | UMUM | |
TEKSTIL | Tekstil secara tradisinya bermakna kain yang ditenun. Istilah tersebut berasal daripada perkataan Latin texere yang bermaksud menenun . Banyak kain masih diperbuat daripada tenunan yang menggunakan mesin tenun. Tetapi kini, kesemua jenis kain yang lain juga dianggap sebagai tekstil. Ia termasuk kain yang dikait, felt, kain renda, kain brid dan kain net. Industri tekstil juga menganggap serat dan yarn yang digunakan untuk mengeluarkan kain sebagai tekstil. | UMUM | |
KETUKANGAN DESA | Ketukangan desa di Ireland atau United Kingdom, meliputi kegiatan tradisi yang lama seperti menganyam, menenun, dan menyemat atap, serta industri desa kecil yang berkembang daripada kegiatan tersebut. | UMUM | |
KAIN KARAT | KAIN KARAT, kain yang ditenun dengan ‘kek’ atau alat tenunan. ‘Karat’ dalam kelengkapan peralatan menenun ialah sejenis jentera dan kayu pemijak bagi mengangkat benang loseng dan menyilangkan benang pakan. ‘Mengarat’ bermakna mengangkat setiap lembar benang loseng bagi menghasilkan satu tenunan sama ada tenunan tabi atau twil. | BUDAYA | Kraf Tangan |
SUZHOU | Suzhou (pend. 673 308) ialah sebuah bandar purba di China, terkenal dengan terusan air, taman bunga dan bangunan pagoda. Suzhou juga dieja Su-Chou atau Soochow, terletak di dalam kawasan pertanian yang subur di wilayah Jiangsu, di antara Nanjing dan Shanghai. Lihat China (peta politik). Kilang-kilang di Suzhou mengeluarkan bahan kimia dan jentera. Pekerja kraf tangan mahir di Suzhou mengukir batu jed dan menenun sutera. | UMUM | |