ATATÜRK, KEMAL | Atatürk, Kemal (1881–1938) merupakan pengasas dan presiden pertama Republik Turki. Dia menjadi presiden dari tahun 1923 sehingga dia meninggal dunia. Di bawah pimpinannya, Turki menerima pakai pembaharuan-pembaharuan yang besar yang begitu banyak mengubah keadaan politik, ekonomi, dan masyarakat di negara Turki. | UMUM | |
ATLANTIC CHARTER | Atlantic Charter (Piagam Atlantik) menyatakan tujuan Amerika Syarikat dan Great Britain selepas Perang Dunia II. Presiden Amerika Syarikat Franklin D. Roosevelt dan Perdana Menteri Britain Winston Churchill menerima pakai perisytiharan ini pada bulan Ogos 1941 dalam satu persidangan di atas kapal dekat pantai provinsi Newfoundland, Kanada. Teks lengkap piagam ini diberikan di bawah. | UMUM | |
ASCLEPIUS | Asclepius ialah dewa penyembuhan orang Yunani. Orang Rom menamakannya Asclepius. Orang Yunani berdoa kepada Asclepius semasa diserang wabak dan semasa sakit. Anaknya yang paling terkenal ialah Hygeia, dewa kesihatan. Epidaurus di Geece ialah tempat khas untuk pengikutnya, iaitu para doktor pertama yang dikenali sebagai Asclepiad. Profesion perubatan menerima pakai lambang Asclepius, seekor ular yang melilit sebatang tongkat. | UMUM | |
ORANG HELVETIA | Orang Helvetia ialah ahli suku kaum yang pernah tinggal di satu tempat yang terletak di barat daya Switzerland kini. Suku kaum Jermanik mengancam orang Helvetia, dan sejumlah 263 000 orang Helvetia cuba berpindah ke wilayah Rom di Gaul pada tahun 58 S.M. Tentera Julius Caesar membunuh ramai orang Helvetia, dan mereka yang terselamat dipaksa pulang. Semasa di bawah pemerintahan Maharaja Augustus antara tahun 27 S.M. hingga tahun 14 M., kerajaan Rom menawan seluruh Switzerland. Orang Helvetia pula mula menerima pakai adat Rom dan bahasa Latin. Kadang-kadang penduduk di barat Switzerland yang berbahasa Perancis merujuk kawasan mereka sebagai Helvetia. | UMUM | |
BOTSWANA | Botswana ialah negara yang terletak di tengah-tengah selatan Afrika. Nama rasminya ialah Republik Botswana. Botswana mempunyai kerajaan demokrasi. Hingga awal tahun 1990-an, ia adalah satu daripada beberapa negara Afrika yang mempunyai lebih daripada satu parti politik. Beberapa negara yang lain kemudiannya mula menerima pakai sistem pelbagai parti. Botswana ialah anggota negara-negara Komanwel, iaitu persatuan bekas tanah jajahan British. | UMUM | |
PANDA | Panda ialah nama dua jenis haiwan Asia. Kedua- duanya agak tidak serupa dengan satu sama lain. Panda raksasa ialah haiwan yang besar dan berwarna hitam-putih. Panda Merah yang juga dikenali sebagai panda kecil berwarna perang kemerahan dan lebih kecil. Kedua-duanya hidup dalam hutan buluh di cerun tinggi gunung di barat dan di barat daya China. Panda merah juga tinggal di Nepal, utara India, dan utara Burma. Panda raksasa ialah haiwan nadir dan dilindungi oleh undang- undang di China. Tabung Antarabangsa bagi Alam Semula Jadi (dahulunya Tabung Hidupan Liar Dunia), sebuah pertubuhan antarabangsa bagi perlindungan hidupan liar telah menerima pakai panda raksasa sebagai simbolnya. | UMUM | |