| NOMAD | Nomad ialah orang yang berpindah dari satu tempat ke satu tempat lain sebagai cara untuk meneruskan kehidupan. Perkataan nomad berasal daripada perkataan Yunani yang bermakna orang yang merayau mencari padang ternakan. Kebanyakan orang nomad berpindah ke sesuatu kawasan tertentu menurut kitaran atau pusingan berdasarkan aktiviti dan musim. Orang nomad biasanya berpindah menggunakan haiwan atau kayak ataupun berjalan kaki. Namun kini, sesetengah orang nomad mengembara menggunakan kenderaan bermotor. | UMUM | |
| AHAB | Ahab ialah raja Israel yang ketujuh. Baginda memerintah dari sekitar tahun 875 S.M. hingga tahun 850 S.M. Ahab meneruskan dasar dalam negeri dan antarabangsa yang agresif yang diasaskan oleh ayahandanya, Raja Omri. | UMUM | |
| PYTHEAS | Pytheas ialah penjelajah Yunani yang hidup pada akhir tahun 300-an S.M. Pytheas terlepas daripada kepungan tentera laut Carthaginia di Gibraltar dan dapat meneruskan penjelajahannya ke pantai utara Eropah. Dia belayar mengelilingi Britain , dan menerokai kawasan tersebut. Pytheas mendengar banyak cerita tentang tanah bermisteri yang dikenal sebagai Thule, yang berkemungkinan Norway. | UMUM | |
| AVILA CAMACHO , MANUEL | Avila Camacho , Manuel (1897–1995), askar, diplomat dan pemimpin politik Mexico, berkhidmat sebagai presiden Mexico dari tahun 1940 hingga tahun 1946. Sebagai presiden, dia meneruskan pembentukan semula langkah-langkah yang telah diperkenalkan oleh Lazaro Cardenas (lihat Cardenas, Lazaro ). Tetapi Avila Camacho memperkenalkan unsur yang lebih konservatif kepada kehidupan nasional. Semasa Perang Dunia II (1939–1945), dia mengumpulkan bangsa Amerika Latin untuk menentang Kuasa Paksi. Lihat Mexico (Pertengahan tahun 1900-an). | UMUM | |
| PAKSI | Paksi merujuk perikatan yang dibentuk antara Jerman, Itali, dan Jepun yang dimulakan pada tahun 1936 dan meneruskan kerjasamanya dalam Perang Dunia II (1939–1945). | UMUM | |
| SEOW YIT KIN | Seow Yit Kin (1955 – ), ahli muzik Singapura yang menjadi pesaing paling muda memenangi pertandingan piano anjuran British Broadcasting Corporation ketika berumur 19 tahun. Dia meneruskan persembahan solonya yang hebat dengan beberapa orkestra yang terkenal di peringkat antarabangsa. Pada tahun 1980, dia bermain dalam konsert bersama dengan Sir Yehudi Menuhin di Festival Grand Teton di Amerika Syarikat. | UMUM | |
| MOYOLA, LORD | Moyola, Lord (1923–2002) ialah Perdana Menteri Ireland Utara dari tahun 1969 hingga tahun 1971. Nama sebenarnya ialah James Dawson Chichester- Clark. Semasa dia mula dilantik, dia telah dirayu untuk meneruskan pembaharuan yang dimulakan oleh perdana menteri sebelumnya, Terence O’Neill. Tetapi pertama sekali, dia perlu mengembalikan kedamaian di wilayah tersebut, selepas berlakunya kekacauan. Dia juga perlu memulihkan semula perpecahan yang berlaku dalam Parti Kesatuan Ulster. Pada awalnya dia mendapat sedikit kejayaan di dalam kedua-dua usaha tersebut tetapi rusuhan yang serius berlaku pada bulan Ogos 1969. Dia terpaksa meminta kerajaan United Kingdom menghantar tentera untuk menjaga keamanan. | UMUM | |
| STUDEBAKER | Studebaker ialah nama sebuah keluarga Amerika yang masyhur sebagai pembuat kereta kuda dan kenderaan-kenderaan lain. Syarikatnya, iaitu Studebaker Corporation bergabung dengan Packard Motors, Inc. pada tahun 1954. Pada tahun 1966, firmanya berhenti daripada membuat kereta. Ia meneruskan kegiatan membuat bahagian kereta dan produk-produk lain. Pada tahun 1967, ia bergabung dengan Worthington Corporation untuk membentuk Studebaker–Worthington, Inc. | UMUM | |
| MASHUDI KADER | MASHUDI KADER (1943 - ), ahli bahasa. Di lahir di Tanjung Karang, Selangor. Dia memulakan pendidikan awal di Sekolah Rendah Ulu Tiram Buruk, Tanjung Karang. Kemudian Mashudi meneruskan pendidikannya di Sekolah Dato’ Abdul Razak (SDAR) Tanjung Malim, Perak hingga tahun 1961. Selepas itu, dia melanjutkan pelajarannya di Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) Tanjung Malim hingga tamat pada tahun 1964. Mashudi mula bertugas sebagai guru di tempat asalnya, iaitu Sekolah Rendah Seri Tiram Jaya. Pada bulan Mei 1966, dia meneruskan pelajarannya di Universiti Malaya. Selepas mendapat ijazah Sarjana Muda Sastera pada tahun 1969, Mashudi mengajar di Sekolah Menengah Tuanku Ampuan Rahimah, Kelang, Selangor. | BAHASA | Tokoh |
| SITI HAWA HAJI SALLEH | SITI HAWA HAJI SALLEH (1940- ), penyelidik kesusasteraan Melayu klasik. Dia lahir pada 1 Mei 1940 di Alor Setar, Kedah. Setelah mendapat pendidikan di Sultanah Asma School dan Sultan Abdul Hamid College, Alor Setar, dia meneruskan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang pengajian Melayu (1961-1963). Dia mendapat ijazah sarjana dari universiti yang sama pada tahun 1966 dengan disertasi bertajuk Hikayat Merong Mahawangsa: Suatu Kajian Teks. Pada tahun 1971 hingga tahun 1995, dia berkhidmat di Institut Bahasa, Kesusasteraan dan Kebudayaan Melayu (IBKKM), Universiti Kebangsaan Malaysia. Dia memperoleh ijazah Doktor Falsafah dari UKM pada tahun 1994. Pada tahun yang sama, Siti Hawa dilantik sebagai profesor Kesusasteraan Melayu Tradisional di Jabatan Persuratan Melayu, UKM. Setelah bersara wajib pada tahun 1995, dia meneruskan tugas di tempat yang sama sebagai profesor kontrak. | SASTERA | Tokoh |