| SAUH | Sauh ialah benda berat yang digunakan untuk menetapkan kedudukan kapal atau bot. Jenis sauh yang paling biasa dibuat daripada besi atau keluli. Tali atau rantai besi, yang dinamakan kabel sauh, dilekatkan pada sauh dan seterusnya diikat pada kapal. Apabila sauh diturunkan ke dasar air, ia terbenam ke dalam lumpur untuk menetapkan kedudukan kapal. Kebanyakan kapal besar membawa dua atau lebih sauh. Sauh-sauh ini mesti dinaikkan dan diturunkan oleh win (mesin hela). Membongkar sauh bermakna menarik sauh dari air | UMUM | |
| KONVENSYEN GENEVA | Konvensyen Geneva menetapkan perlakuan berperikemanusiaan terhadap orang awam, tawanan, dan orang yang cedera semasa perang. | UMUM | |
| TISU PENGHUBUNG | Tisu penghubung, menghubungkan organ badan dengan tisu, menetapkan organ di tempatnya, dan menyokong badan. Berbanding dengan lain-lain jenis tisu, tisu penghubung mempunyai beberapa sel dan banyak bahan antara sel (bahan di luar sel). Ahli sains membahagikan tisu penghubung kepada tiga kumpulan, mengikut kekerasan bahan antara sel, iaitu (1) tisu penghubung sempurna yang lembut, (2) rawan yang teguh, dan (3) tulang yang keras. Rencana ini akan membincangkan tisu penghubung sempurna. Untuk maklumat tentang lain-lain jenis tisu penghubung, lihat rencana Ensiklopedia Dunia tentang Rawan dan Tulang . | UMUM | |
| PERLEMBAGAAN CLARENDON | Perlembagaan Clarendon merupakan usaha awal, di England, untuk menetapkan garis sempadan antara hak Gereja dengan bidang kuasa Raja. | UMUM | |
| PERTUBUHAN PENERBANGAN AWAM ANTARABANGSA | agensi khas yang membuat dasar dan menetapkan teknik pengendalian pesawat awam, serta membuat perancangan dan mengawasi pembangunan pengangkutan udara antarabangsa. | KEJURUTERAAN | Institusi/Organisasi |
| PERHUBUNGAN PERINDUSTRIAN | Perhubungan perindustrian adalah cara majikan dan pekerjanya berurusan antara satu sama lain. Sistem perhubungan perindustrian menetapkan tradisi atau peraturan yang mengawal proses ini. Di sesetengah negara, proses ini dikenali sebagai perhubungan buruh . | UMUM | |
| TEKSI | Teksi ialah kereta untuk disewa. Ia merupakan sebahagian daripada sistem pengangkutan yang penting di kota atau bandar moden. Undang-undang tempatan biasanya menetapkan kadar yang maksimum untuk teksi. Hampir kesemua teksi menggunakan meter yang menunjukkan tambang bagi jarak yang dilaluinya. Alat ini dicipta oleh Wilhelm Bruhn pada tahun 1891. Sesetengah bandar mempunyai tambang teksi mengikut zon. Teksi boleh mengenakan tambang tambahan apabila melalui sebuah zon ke zon yang lain. Lihat juga Beca; Lanca. | UMUM | |
| PERJANJIAN WINDSOR | Perjanjian Windsor ialah persetujuan yang dibuat pada tahun 1175 antara Henry II, raja England , dengan Rory O’Connor, raja tinggi Ireland yang terakhir. Perjanjian tersebut menetapkan bidang kuasa Henry ke atas ketua- ketua yang memerintah Ireland. | UMUM | |
| PERPUSTAKAAN BODLEY | Perpustakaan Bodley ialah perpustakaan utama di Oxford University, England. Perpustakaan ini mengandungi kira-kira lima juta buku dan lebih daripada 60 000 manuskrip. Undang-undang hak cipta menetapkan bahawa satu salinan bagi setiap buku yang diterbitkan di Great Britain mestilah diberikan kepada perpustakaan ini sekiranya perpustakaan ini memerlukannya. | UMUM | |
| EJAAN UNIVERSITI MALAYA | EJAAN UNIVERSITI MALAYA, sistem ejaan yang disusun oleh Asmah Haji Omar, Sistem ejaan ini disusun untuk kegunaan ahli Universiti Malaya dalam bidang pentadbiran serta pelajaran kerana memenuhi Dasar Bahasa 1970 yang menetapkan bahawa semua urusan akan dijalankan dalam bahasa Malaysia. Sistem ini mula dilaksanakan di universiti Malaya pada 1 Januari 1971.
| BAHASA | Bahasa |