Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.dap.ta.si] | مڠادڤتاسي

Definisi : membuat adaptasi: orang Islam di merata-rata pelosok dunia ini ~ istilah dan rangkai kata Arab; drama terjemahan perlu diadaptasi supaya mencer­minkan nilai-nilai dan alam kita; seorang klien diajar mengubah dan ~ tingkah laku drpd yg tidak normal atau tidak rasional kpd yg lebih rasional dan logik; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.dap.ta.si] | مڠادڤتاسي

Definisi : melakukan penyesuaian terhadap sesuatu supaya menjadi lebih bermanfaat atau lebih sesuai di persekitaran yg baru: Mereka diajar utk ~ perlakuan drpd yg kurang sopan kpd yg lebih sopan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengadaptasi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PETER PAN

Peter Pan ialah wira kanak-kanak dalam

beberapa cerita fantasi yang ditulis oleh Sir James

Matthew Barrie, penulis Scot. Watak tersebut

mula-mula timbul dalam novel karangan Barrie

berjudul The Little White Bird (1902). Barrie

mengadaptasi sebahagian daripada novel tersebut

kepada satu drama berjudul Peter Pan (1904).

Beberapa bab novel berkenaan telah diterbitkan

pada tahun 1906 berbentuk buku berjudul Peter

Pan in Kensington Gardens . Barrie juga menulis

novel Peter Pan and Wendy (1911). Lihat Barrie, Sir

James Matthew.

UMUM 
SENECA, LUCIUS ANNAEUS

Seneca , Lucius Annaeus (4 S.M.?–65 M.) ialah

negarawan Rom, penulis, dan ahli falsafah Stoik.

Karya-karyanya yang masih wujud termasuk 12

esei falsafah, 124 surat dan satu esei meteorologi,

satu satira dan sembilan drama tragedi. Drama

tragedinya mengadaptasi subjek yang digunakan

oleh penulis drama Yunani. Tetapi drama

tragedinya, melodrama yang hebat, ganas penuh

dengan bahasa retorik. Fokusnya adalah pada

kepercayaan orang Stoik bahawa malapetaka

berlaku apabila nafsu memusnahkan taakulan.

Drama ini banyak mempengaruhi drama tragik di

Itali, Perancis dan England pada zama Elizabeth.

UMUM 
AGEE, JAMES

Agee, James (1909–1955), penulis Amerika. Zaman

kanak-kanaknya di Tennessee menjadi latar

 belakang novel pendeknya The Morning Watch

(1951). A Death in the Family ialah novel puitis

 berdasarkan zaman kanak-kanaknya di Knoxville,

tempat lahirnya. Karya tersebut diterbitkan pada

tahun 1957. Ia memenangi Hadiah Pulitzer bagi

fiksyen. Tad Mosel mengadaptasi novel tersebut

menjadi skrip drama, All the Way Home (1960), yang

kemudian memenangi Hadiah Pulitzer pada tahun

1961 bagi drama.

UMUM 

Kembali ke atas