KAURI | Kauri ialah pokok pain yang mengagumkan yang tumbuh setinggi 25 sehingga 30 meter. | UMUM | |
KAYU MERAH | Kayu merah ialah pokok hutan yang mengagumkan yang tumbuh di sepanjang Pantai Barat Amerika Syarikat dari tengah California hingga ke selatan Oregon. | UMUM | |
SCHUBERT, FRANZ PETER | Schubert, Franz Peter (1797–1828) ialah penggubah muzik Austria yang menulis pelbagai gubahan muzik yang mengagumkan dalam pelbagai bentuk. Dia adalah salah seorang pencipta melodi yang hebat dan mungkin penggubah lieder (lagu kesenian Jerman) yang terpenting. | UMUM | |
KOMPUTER | Komputer ialah mesin yang dapat melakukan pengiraan dan memproses maklumat dengan kadar kelajuan yang mengagumkan dan tepat. Komputer dapat mengendalikan maklumat yang banyak dan menyelesaikan masalah yang rumit. Komputer dapat memproses beribu-ribu data dan menjadikannya maklumat yang berguna dengan cepat dan hampir tepat. Komputer yang paling berkuasa dapat melakukan berbilion pengiraan sesaat. | UMUM | |
SENI BYZANTINE | /p> Seni Byzantine ialah gaya seni Kristian Timur yang berkembang maju semasa zaman Empayar Byzantine. Ia terkenal terutamanya kerana gereja berkubah dengan hiasan bahagian dalam yang mengagumkan. Bahagian dalamnya menampilkan mural dalam banyak gaya yang berwarna-warni, yang menggambarkan figura keagamaan dan maharaja. | UMUM | |
OTTAWA | Ottawa , Ontario ialah ibu negara Kanada. Ottawa terletak di kawasan berbukit yang beralun di tebing selatan Sungai Ottawa, kira-kira 193 kilometer di barat Montreal. Taman yang menarik, bangunan kerajaan yang mengagumkan, dan jalan raya yang mempunyai pemandangan yang cantik menambahkan lagi keindahan bandar ini. | UMUM | |
SHAH JAHAN | Shah Jahan (1592–1666) ialah pemerintah kelima empayar Mughal di India. Baginda menjadi pemerintah pada tahun 1627. Ketika pemerintahannya, rakyat Mughal berada dalam zaman keemasan, dengan bilik kebal yang dipenuhi harta dan gaya seni bina yang indah dan mengagumkan. Shah Jahan paling diingati kerana Taj Mahalnya yang amat sempurna, iaitu makam marmar putih yang amat besar yang dibina untuk permaisurinya di Agra, India (lihat Taj Mahal ). Baginda juga telah membina sebuah istana yang amat hebat dan luar biasa di Delhi. Istana ini berserta dengan bangunan lain masih lagi kekal sebagai contoh keagungan empayar Mughal. Dinasti itu mulai mengalami kemerosotan kerana terlalu banyak wang telah dihabiskan untuk kemewahan dan terlalu banyak tenaga yang telah disia-siakan dalam peperangan. Pemerintahan Shah Jahan sentiasa menghadapi masalah, dan seorang daripada puteranya telah merampas takhta daripadanya. | UMUM | |
SYDNEY | Sydney ialah bandar yang tertua dan terbesar di Australia. Ia adalah ibu negeri New South Wales dan mempunyai 64 peratus daripada jumlah penduduk negara ini. Bandar dan subbandar di sekitarnya berkembang di pantai pasang-surut pelabuhan Port Jackson yang indah dan mengagumkan. Dua mercu tanda Sydney yang paling masyhur, Harbour Bridge dan Opera House, terletak di sebelah-menyebelah terminal feri utama di Circular Quay. | UMUM | |
SALISBURY | Salisbury (pend. 103 200) ialah daerah kerajaan tempatan di Wiltshire, England. Bandar Salisbury terletak di tengah-tengah daerah ini, di persimpangan Sungai-sungai Avon, Bourne, dan Nadder. Gereja Besar Salisbury yang indah terletak di tebing Sungai Avon yang dibina pada tahun 1220. Puncak menaranya setinggi 123 meter ialah menara tertinggi di England. Tembokan tanah yang mengagumkan di Old Sarum terletak kira-kira tiga kilometer di sebelah utara bandar. Old Sarum ialah pusat ekonomi dan agama yang utama di England sebelum penaklukan Rom. Kini, yang masih tinggal di Old Sarum ialah sebuah benteng besar dengan tebing pertahanan daripada tanah. Tapak Stonehenge yang masyhur juga terletak di daerah ini. Stonehenge merupakan struktur prasejarah yang paling besar di barat Eropah. Lihat juga Wiltshire. | UMUM | |
PERGUNUNGAN WHITE | Pergunungan White merupakan sebahagian daripada sistem Pergunungan Appalachian di Amerika Utara. Ia terbentang ke arah barat daya dari Maine ke New Hampshire, Amerika Syarikat. Pergunungan White diberi nama sedemikian kerana puncaknya berwarna putih apabila diliputi salji. Pada musim bunga dan musim gugur puncak yang berwarna putih menjadi lebih mengagumkan kerana salji tidak menutupi bahagian bawah gunung ini. Untuk lokasi, lihat Pergunungan Appalachian (peta). | UMUM | |