Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngait] | مڠاءيت

Definisi : 1. memetik (menarik dll) sesuatu dgn kait, mencangkuk, menggancu: ~ buah rambutan; maka datang hulubalang Pahang ~ jong itu; 2. merajut dgn jarum kait: ia terpaksa menyulam dan ~ renda utk nafkah hidupnya; 3. melukai dgn sesuatu yg berkait: duri itu ~ kakinya; 4. ki mengambil keuntungan dll dgn cara tidak halal; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngait] | مڠاءيت

Definisi : 1 memetik (buah-buahan dll) dgn kait: Kakak ~ buah jambu, saya dan Halimah memungutnya. 2 membuat renda dll dgn jarum kait: Gurunya mengajar dia menjahit pakaian dan ~ renda. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengait

Puisi
 

Kait mengait serambi padi,
     Padi ini padi Mak Buruk;
Apabila kena ular pun mati,
     Dapat sesuka hati kanda menjolok.


Lihat selanjutnya...(7)
Peribahasa

Ingat ranting yang akan melenting,
     dahan yang akan mencocok,
duri yang akan mengait.

Bermaksud :

Hendaklah selalu beringat tentang segala bahaya dan rintangan ketika melakukan sesuatu pekerjaan.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENGAIT

Mengait ialah satu kaedah membuat kain

dengan menggelungkan benang di sekeliling

jarum mengait dengan yang lain menggunakan

satu atau lebih jarum mengait. Kebanyakan

daripada pakaian yang dipakai, dibuat dengan

mengait, termasuklah baju panas, sarung kaki, skaf,

dan topi. Pakaian berkait disukai kerana pakaian

tersebut dapat meregang dan kembali semula

kepada bentuknya yang asal. Kain berkait dapat

dibentuk untuk mencipta barangan seperti hiasan

dinding. Mengait juga dapat menghiasi bentuk

serat lain yang dibuat melalui kaitan, makram, dan

tenunan. Mengait boleh dilakukan dengan tangan

atau mesin. Rencana ini menghuraikan tentang

kaitan tangan. Lihat juga Mesin mengait; Tekstil

(Kain yang dikait).

UMUM 
KRUSYE

Krusye ialah cara mengait renda melalui kaedah

yang hampir serupa dengan mengait. Renda krusye

lebih berat dan harganya tidak mahal. Hampir semua

yan atau benang boleh dikrusye tetapi yang

paling biasa dibuat krusye ialah benang kapas yang

dipintal ketat.

UMUM 
MESIN PENGAIT

Mesin pengait ialah alat untuk membuat fabrik

berkait. Sebagaimana mengait tangan, mesin

pengait menghasilkan fabrik dengan membentuk

gelung pada benang dan merangkaikannya antara

satu dengan yang lain dengan menggunakan jarum.

Bagaimanapun, mesin pengait menggunakan

banyak jarum dan dapat mengait daripada 100 000

jahitan hingga lebih daripada tujuh juta jahitan

dalam tempoh seminit. Mesin pengait membuat

pelbagai jenis fabrik daripada kain renda yang halus

hinggalah kepada ambal yang berat. Hasil fabrik

berkait yang lain, termasuk hosiery pelbagai jenis

pakaian yang lain, dan langsir.

UMUM 
MEMINTAL

Memintal ialah proses membuat benang dengan

memulas atau memilin serat tumbuh-tumbuhan atau

haiwan. Ia merupakan satu unsur kesenian yang

paling kuno. Beribu-ribu tahun lamanya benang

dipintal dengan menggunakan spindel. Spindel ini

terdiri daripada kayu licin yang panjangnya dari 23

sentimeter hingga 38 sentimeter. Ia mempunyai

takuk pada satu hujungnya untuk mengait benang

dan batu atau mangkuk dari tanah liat yang dibakar,

dikenali sebagai pusar untuk membuat spindel

berpusing seperti gasing. Pemintal memutar spindel

dengan menggelek-geleknya dengan paha. Orang

Mesir purba menggunakan spindel seperti itu bagi

membuat benang untuk kain yang baik.

UMUM 

Kembali ke atas