PERANG TROJAN | Perang Trojan ialah peperangan Yunani mengalahkan bandar Troy. Legenda peperangan ini telah mengilhamkan banyak karya sastera klasik yang terkemuka. Beberapa peristiwa yang berlaku semasa dan selepas Perang Trojan menjadi tema untuk tiga puisi epik yang agung – Iliad dan Odyssey , ditulis oleh penyair Yunani, Homer, dan Aeneid yang ditulis oleh penyair Rom, Virgil. Wira dan mangsa peperangan dilambangkan dalam tragedi-tragedi Yunani seperti Agamemnon oleh Aeschylus, Ajax oleh Sophocles dan The Trojan Women oleh Euripides. | UMUM | |
ALVARADO, PEDRO DE | Alvarado (1485–1541), membantu Hernando Cortes mengalahkan orang Aztek di Mexico dan menawan Guatemala. Dia lahir di Badajoz. Alvarado pergi ke Hindia Barat pada tahun 1510. Pada tahun 1518, dia menyertai ekspedisi yang diketuai oleh Juan de Grijalva ke Mexico selatan. Alvarado bersama-sama Cortes pergi ke Mexico pada tahun 1519. Selepas menawan Mexico pada tahun 1521, Cortes menghantar Alvarado untuk menawan Guatemala. Alvarado berjaya menawan Guatemala pada tahun 1524 dengan bantuan perikatan Orang Asli Amerika. Pada tahun 1525, dia menawan El Salvador untuk Sepanyol dan mengasaskan pembinaan ibu negaranya, San Salvador. Dia menjadi Gabenor Guatemala dan kemudiaan Gabenor Honduras. | UMUM | |
MILTIADES | Miltiades (540?–488? S.M.) ialah jeneral Athens purba yang terkenal. Dia mengalahkan orang Parsi dalam Pertempuran Marathon pada tahun 490 S.M., semasa peperangan antara Yunani dan Parsi (lihat Marathon). | UMUM | |
NEY, MICHEL | Ney, Michel (1769–1815), salah seorang askar terbaik Napoleon Bonaparte. Dia berkhidmat dengan cemerlang dalam kempen pada tahun 1792, apabila Tentera Perancis Utara mengalahkan orang Prussia dan orang Austria. Keberanian dan kemahiran ketenteraannya tidak lama selepas itu menjadikannya askar yang paling dikenali. Napoleon menjadikannya marsyal Perancis pada tahun 1804. Dia menerima gelaran Duke of Elchingen kerana mengalahkan orang Austria di Elchingen pada tahun 1805. | UMUM | |
PERANG | Perang ialah suatu pertarungan antara dua golongan besar yang berusaha untuk memusnah atau mengalahkan lawan masing-masing. Peperangan ada pelbagai jenis, misalnya peperangan antara dua buah keluarga, kabilah dengan kabilah dan antara pengikut satu agama dengan pengikut agama yang lain. | UMUM | |
NELSON, HORATIO | Nelson, Horatio (1758–1805) ialah laksamana dan wira tentera laut Great Britain yang teragung. Nelson mengalahkan gabungan tentera Perancis dan Sepanyol di Trafalgar. Ini merupakan kemenangan tentera laut yang terhebat dalam sejarah British. Kemenangannya melemahkan kuasa tentera laut Perancis, dan memartabatkan keagungan pemerintahan British di laut sepanjang tahun 1800-an. | UMUM | |
DRAKE, SIR FRANCIS | Drake, Sir Francis (1540?–1596), penjelajah dan panglima tentera Inggeris, merupakan orang Inggeris pertama belayar mengelilingi dunia. Taktik perang lautnya mengalahkan Sepanyol, musuh utama Inggeris, membantu England menjadi kuasa di laut. | UMUM | |
PIALA AMERIKA | Piala Amerika ialah pertandingan perahu layar yang paling terkenal di dunia dan merupakan trofi tertua dalam sukan antarabangsa. Pada tahun 1851, skuner Amerika telah memenangi trofi perak yang cantik dengan mengalahkan 14 perahu layar lain dalam satu perlumbaan mengelilingi Isle of Wight di luar pantai selatan England. Piala itu dikenali sebagai Piala Amerika. | UMUM | |
PERTEMPURAN BANNOCKBURN | Pertempuran Bannockburn ialah salah satu pertempuran paling penting dalam sejarah Scotland . Ia berlaku di Bannockburn, Scotland, pada tahun 1314. Dalam pertempuran itu, rakyat Scotland menyelamatkan negara mereka daripada pemerintahan asing dengan mengalahkan tentera Inggeris di bawah Raja Edward II. Robert Bruce menaiki takhta Scotland dengan kemenangan ini. Jumlah tentera Inggeris melebihi tentera Scotland, tetapi pertahanan Scotland bertempur dari kedudukan yang lebih baik, sedangkan pihak Inggeris terlalu terhimpit untuk menggunakan sepenuhnya jumlah tentera mereka yang lebih besar. Pihak Scotland menghentikan kemaraan orang Inggeris dengan menggali lubang di sepanjang garisan serangan. Orang Inggeris melarikan diri setelah mengalami kekalahan teruk. | UMUM | |
MACBETH | Macbeth ( ? –1057), menggulingkan raja Scotland pada tahun 1040, setelah menewaskan dan membunuh Raja Duncan I. Dia mendakwa bahawa dia berhak menaiki takhta kerajaan Scotland kerana isterinya keturunan diraja. Malcolm III, anak Duncan I, dan Earl Siward dari Northhumberland telah mengalahkan Macbeth di Dunsinane pada tahun 1054 tetapi tidak menggulingkannya. Tiga tahun kemudian, Malcolm III telah membunuh Macbeth di Lumphanan. Anak tiri Macbeth, Lulach, berjaya memerintah semula selama beberapa bulan, kemudian Malcolm III menggantikan Lulach sebagai raja. | UMUM | |