MANUSKRIP ISLAM | Manuskrip Islam ialah warisan Islam yang dicatat melalui tulisan tangan. Orang Islam sangat mengambil berat terhadap manuskrip-manuskrip ini memandangkan ia merupakan satu-satunya cara bagi menjaga warisan yang dihasilkan melalui pemikiran Arab dan Islam. | UMUM | |
KELLER, GOTTFRIED | Keller, Gottfried (1819–1890) ialah penulis Swizerland yang paling terkenal yang menulis di Jerman sebelum tahun 1900-an. Dia terkenal dengan watak jenakanya dan sikap yang mengambil berat tentang etika baik rakyat. Keller menulis beberapa prosa yang pendek dikenali sebagai novella. Novellanya yang paling terkenal terbit dalam 2 siri, The People of Seldwyla (1856, 1874). Novella ini termasuk cerita jenaka “Clothes Make the Man” dan kisah tragik “Romeo dan Juliet in the Village”. Siri-siri lain yang penting termasuk Seven Legends (1872), iaitu versi moden yang lucu dari kisah-kisah agama yang terkenal, kisah sejarah Zurich Novellas (1878), The Epigram (1882) yang merupakan satu koleksi kisah cinta yang sedih; dan kisah kehidupan daerah Swiss, Martin Salander (1886). Keller lahir di Zurich. | UMUM | |
NIGHTINGALE, FLORENCE | Nightingale, Florence (1820–1910), pengasas profesion kejururawatan seperti yang kita kenali hari ini. Askar British yang cedera dalam Perang Krimea menamainya “Wanita dengan Lampu” apabila Florence berjalan dalam dewan hospital mereka pada waktu malam. Lampu yang dibawanya membawa makna menjaga orang sakit, mengambil berat terhadap kebajikan askar biasa, dan kebebasan bagi wanita untuk memilih kerjaya mereka. Florence dinamakan “wanita keramat hidup”. Tetapi kejayaannya juga adalah kerana kebolehannya mengatur dan mentadbir selok-belok kerja hospital. | UMUM | |
SLESSOR, KENNETH | Slessor, Kenneth (1901–1971) ialah salah seorang daripada pemuisi moden Australia yang terpenting. Dia terkenal kerana membawa kemodenan ke dalam puisi Australia selepas tempoh semangat kenegaraan yang kuat. Dia tidak mengambil peduli tentang subjek tradisi awal Australia yang terdiri daripada pengiring, pengembara di darat, dan watak-watak lain. Dia tidak mengambil berat tentang landskap Australia. Tema yang kerap dipilih oleh Slessor ialah laut dan puisi laut yang ditulisnya memperkenalkan aliran baru dalam puisi Australia. Falsafahnya lebih moden dan bersifat universal berbanding pemuisi Australia yang lebih awal. | UMUM | |
RUMAH ANAK-ANAK YATIM | Rumah anak-anak yatim adalah institusi yang mengambil berat tentang kanak-kanak yang tiada tempat berteduh. | UMUM | Umum |
NEGARAWAN | Negarawan ialah seseorang yang berpengetahuan luas tentang kerajaan dan politik, dan memainkan peranan yang amat penting dalam hal ehwal awam. Kebanyakan orang menganggap negarawan sebagai seorang yang mengambil berat terhadap keperluan dan kepentingan negara secara keseluruhannya. Sebaliknya, mereka menganggap ahli politik sebagai seseorang yang mempunyai matlamat parti atau politik sahaja. Negarawan berumur , yang selalunya telah bersara daripada bergiat secara aktif dalam kerajaan, akan terus memberi nasihat berkenaan isu-isu penting. Jepun membentuk sistem genro , iaitu sebuah badan yang dianggotai oleh bekas-bekas pemimpin kerajaan yang memberi nasihat kepada kerajaan yang sedang berkuasa. Lihat juga senarai biografi negarawan di hujung kebanyakan rencana yang berkaitan dengan setiap negara. | UMUM | |
AEROBIK | Aerobik ialah sistem riadah yang direka untuk meningkatkan bekalan dan penggunaan oksigen di dalam tubuh badan. Senaman ini termasuk berbasikal, menari, berlari-lari anak, mendayung, meluncur, berenang, dan berjalan pantas. Ramai orang mengambil bahagian dalam program aerobik untuk menambahkan ketahanan dan tenaga, serta mendapatkan dan mengekalkan berat badan yang sesuai. Senaman aerobik yang dilakukan secara tetap dapat mengurangkan risiko sakit jantung. | UMUM | |