TEKANAN REKA BENTUK PENGAGIHAN GAS | Nilai tekanan teori yang diperoleh dengan menggunakan formula reka bentuk tertentu. Penentuan nilai ini dibuat dengan mengambil kira aspek keperluan penggunaan gas di sektor hiliran dan keupayaan sistem pembekalan untuk menampung keperluan pelanggan. Tekanan reka bentuk diperkenalkan bagi menjamin kemantapan bekalan gas kepada pengguna, khususnya industri yang memerlukan bekalan gas secara berterusan. Tekanan reka bentuk juga bertujuan menjamin keselamatan ruang laluan gas agar tidak melebihi had tekanan selamat yang ditetapkan untuk paip laluannya. | KEJURUTERAAN | Teori/Teorem/Hukum |
HADIAH NOBEL | Hadiah Nobel dianugerahkan setiap tahun kepada orang ramai, yang telah membuat sumbangan yang berharga terhadap “kebaikan manusia” tanpa mengambil kira kerakyatan. | UMUM | |
SISTEM PENYIARAN MALAYSIA | SISTEM PENYIARAN MALAYSIA, sistem penyebaran maklumat di Malaysia. Sistem penyiaran di Malaysia mengambil kira faktor politik, ekonomi, sosial dan teknologi telekomunikasi dan penyiaran. Sejarah menunjukkan bahawa bidang penyiaran di Malaysia bermula dengan radio wayarles yang diterokai dan dipengaruhi British pada dekad 1920-an. Bermula sebagai hobi di kalangan peminat radio amatur British dan sekumpulan rakyat tempatan, akhirnya menjadi suatu industri yang berkembang pesat selari dengan kehendak pasaran serta evolusi teknologi komunikasi mutakhir. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
KAMUS SIMPULAN BAHASA | KAMUS SIMPULAN BAHASA, kamus yang disusun oleh Abdullah Hussain dan diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1966. Kamus ini diterbitkan semula sebagai edisi kedua pada tahun 1992 dengan dua pembaikan, iaitu menggunakan sistem ejaan baru yang disempurnakan dan dibuat pengemaskinian, lebih-lebih lagi daripada bahasa Melayu Brunei yang mengambil kira pengalaman penyusunan selepas bertugas di Dewan Bahasa dan Pustaka Brunei pada masa itu. | BAHASA | Penerbitan |
SUNGAI MACKENZIE | Sungai Mackenzie, di Wilayah Timur Laut, ialah sungai terpanjang di Kanada. Sungai ini mengalir ke utara dan barat sejauh kira-kira 1700 kilometer dari Tasik Great Slave menuju ke Laut Beaufort. Kebanyakan bahagian sungai ini melebihi 1.5 kilometer lebar. Kira-kira 1500 meter padu air mengalir ke muaranya pada setiap saat. Air yang mengalir masuk ke Sungai Mackenzie berpunca dari anak sungai, termasuklah Sungai Liard, Sungai Great Bear, Sungai Red Artik dan Sungai Peel. Air juga masuk dari Tasik Great Slave melalui Sungai Slave yang mengumpul air dari Sungai Peace dan Sungai Athabasca. Sungai Mackenzie mengambil sempena nama pengembara Kanada, Sir Alexander Mackenzie. | UMUM | |
GRAMMAR AND DICTIONARY OF THE MALAY LANGUAGE | GRAMMAR AND DICTIONARY OF THE MALAY LANGUAGE, kamus yang disusun oleh John Crawfurd pada tahun 1852. Kamus ini terbahagi kepada dua bahagian, iaitu Melayu-Inggeris dan Inggeris-Melayu, dan mengandungi lebih 13 000 entri untuk kedua-dua bahasa. Liputan adalah memadai walaupun tidak komprehensif dan mengambil kira perkataan yang berasal daripada bahasa asing seperti Arab, Jawa, Belanda, Inggeris, Hindi, Portugis, dan sebagainya. | BAHASA | Penerbitan |
PENENTANGAN MAT SALLEH | PENENTANGAN MAT SALLEH, penentangan Mat Salleh terhadap kekuasaan British di Sabah. British mula mengambil alih kekuasaan Brunei dan Sulu sejak bulan Disember 1877. Kehadiran British tanpa mengambil kira kepentingan wakil-wakil Brunei dan Sulu serta penduduk tempatan, tidak dapat diterima oleh Mat Salleh. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Peristiwa |
SUNNI ALI | Sunni Ali ( ? –1492?), memerintah Empayar Songhai di Afrika Barat dari tahun 1464 hingga tahun 1492. Dia mula mengambil Empayar Mali kira-kira pada tahun 1464 dan menjadikan Songhai sebagai negara yang paling berkuasa di barat Sudan. | UMUM | |
ARGONAUTS | Argonauts, dalam mitologi Yunani, ialah temanteman Jason, seorang wira yang ternama. Mereka belayar bersama-sama Jason dalam pelayaran untuk mencari Bulu Biri-biri Keemasan, seekor biri-biri jantan terbang. Kira-kira 50 orang wira Yunani yang terbilang mengambil bahagian dalam pelayaran itu, termasuk Castor dan Pollux, Hercules, Orpheus, Peleus, dan Telamon. | UMUM | |
DENAI BOZEMAN | Denai Bozeman ialah laluan yang digunakan oleh pengembara pada tahun 1860-an untuk sampai ke lombong emas di Montana dan Idaho di Amerika Syarikat. Denai ini meliputi kira-kira 970 kilometer di antara apa yang kini dikenali sebagai Fort Laramie, Wyoming, dan Virginia City, Montana. Denai ini mengambil sempena nama John M. Bozeman, yang membinanya pada tahun 1863. | UMUM | |