Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngan.cam.kan] | مڠنچمکن

Definisi : mengancam dgn sesuatu: ia ~ parangnya kpd orang yg hendak men­dekatinya; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngan.cam.kan] | مڠنچمکن

Definisi : mengancam dgn sesuatu: Ia ~ pisaunya kpd orang yg hendak merompaknya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengancamkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SERANGAN DAN SERANG-SENTUH

Serangan dan serang-sentuh ialah istilah

undang-undang yang melibatkan ancaman dan

perbuatan fizikal. Perbuatan menyerang

menyebabkan mangsa dalam ketakutan akan

menerima perbuatan ganas dengan segera.

Ancaman lisan mungkin merupakan serangan.

Mengangkat belantan atau mengancamkan

penumbuk merupakan serangan, walaupun

pukulan sebenarnya tidak terjadi, melainkan

kalau orang yang diancam itu begitu jauh hingga

tidak memungkinkan kekerasan dilakukan.

Seseorang yang menghalakan muncung

senapang kepada sekumpulan orang ramai

mungkin didapati bersalah kerana serangan

terhadap setiap orang dalam kumpulan orang

ramai tadi. Serang-sentuh ada kaitannya

dengan pukulan sebenarnya ataupun

kecederaan fizikal yang lain. Kedua-dua

perbuatan salah ini biasanya terjadi bersama-

sama dan biasanya dihukum sebagai satu

kesalahan. Tiada serangan akan berlaku jika

seseorang berhak mengancam atau menimpakan

kecederaan. Seseorang boleh mengusir

pengganggu dari rumahnya dengan paksaan

yang wajar.

UMUM 

Kembali ke atas