REYNOLDS, ALBERT | Reynolds, Albert (1932– ), ahli politik Ireland yang menganggotai Parti Fianna Fáil, dan menjadi taoiseach (Perdana Menteri) Republik Ireland dari tahun 1992 hingga tahun 1994. | UMUM | |
SISTERS OF MERCY | Sisters of Mercy ialah biarawati yang menganggotai mazhab Roman Katolik. Misi utama Sisters of Mercy ialah menjaga orang miskin dan orang sakit — terutamanya wanita yang menderita — dan mendidik golongan muda. Kumpulan ini diasaskan di Dublin pada tahun 1827. Pengasasnya dan ketua biarawati yang pertama ialah Catherine McAuley (Mother Mary Catherine). | UMUM | |
NICHOLSON, SIR CHARLES | Nicholson, Sir Charles ( (1808–1903) ialah doktor British, membantu menubuhkan Sydney University. Dia dilantik menganggotai senat universiti pada tahun 1850 dan menjadi canselor universiti tersebut dari tahun 1854 hingga tahun 1862. Koleksi antiknya membekalkan bahan asas bagi Nicholson Museum di universiti tersebut. Dia lahir di Bedales di Yorkshire , England . Dia mendarat di Sydney pada tahun 1834 dan menjadi anggota Majlis Perundangan New South Wales pada tahun 1843. | UMUM | |
TENGKU RAZALEIGH HAMZAH | Tengku Razaleigh Hamzah (1937– ) ialah ahli politik Malaysia. Kerjaya politik Tengku Razaleigh bermula apabila dia menganggotai UMNO Kelantan pada tahun 1962. Setahun kemudian, dia dilantik menjadi Ketua UMNO Bahagian Hulu Kelantan. | UMUM | |
ANTARABANGSA | Tabung Pembangunan Pertanian Antarabangsa (International Fund for Agricultural Development-IFAD) ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. IFAD menyediakan bantuan kewangan untuk pertanian dan pembangunan luar bandar di negara-negara miskin yang menganggotai IFAD. Kebanyakan negara yang menganggotai Pertubuhan Bangsa- Bangsa Bersatu adalah anggota IFAD. IFAD membiayai projek yang menggalakkan peningkatan pengeluaran makanan di negara-negara membangun. Ia juga berusaha mengukuhkan dasar dan institusi pertanian negara-negara ini dan juga meningkatkan taraf pemakanan dan taraf hidup. IFAD ditubuhkan pada tahun 1977 dan beribu pejabat di Rom. | UMUM | |
REAGAN, RONALD WILSON | Reagan, Ronald Wilson (1911–2004) ialah Presiden Amerika Syarikat dari tahun 1981 hingga tahun 1989. Dia menganggotai parti Republikan dan pertama kali dipilih ke Rumah Putih pada tahun 1980. Reagan adalah seorang presiden yang popular. Pada tahun 1984, dia memenangi pemilihan semula sebagai presiden setelah mengalahkan calon Demokrat, Walter F. Mondale, dengan majoriti yang besar. | UMUM | |
EJAAN KONGRES | EJAAN KONGRES, sistem ejaan yang dihasilkan daripada kertas kerja yang bertajuk “Ejaan Bahasa Melayu dengan Huruf Rumi’ yang ditulis oleh Asraf, salah seorang ahli Bahasa yang menganggotai Angkatan Sasterawan 50 (ASAS 50). Kertas kerja tersebut dibentangkan dalam Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu Ketiga yang telah diadakan di Singapura dan Johor Baru dari 16 hingga 21 September 1956.
| BAHASA | Bahasa |
PERTUBUHAN BURUH ANTARABANGSA | Pertubuhan Buruh Antarabangsa (International Labour Organization (ILO)) ialah agensi khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang memperjuangkan kebajikan pekerja. Kira-kira 150 negara menganggotai ILO. Pada tahun 1969, organisasi ini menerima Hadiah Nobel untuk keamanan kerana usahanya. | UMUM | |
OBOTE, APOLLO MILTON | Obote, Apollo Milton (1926– ) ialah presiden Uganda dari tahun 1966 hingga tahun 1971, dan dari tahun 1980 hingga tahun 1985. Obote lahir di daerah Lango, Uganda. Pada tahun 1958, Obote dipilih menganggotai badan perundangan Uganda. Pada tahun 1960, Obote menjadi ketua Kongres Rakyat Uganda, sebuah parti politik baru. Obote telah membantu menubuhkan parti politik ini. Dia telah mengetuai pergerakan rakyat Uganda menuntut kemerdekaan daripada British pada tahun 1962. Dia kemudiannya menjadi perdana menteri pertama Uganda. Pada tahun 1966, Obote telah mendapat kuasa penuh kerajaan dan mengisytiharkan dirinya sebagai presiden. Rakyat Uganda memilihnya sebagai presiden pada tahun 1967. | UMUM | |
OATES, LAWRENCE EDWARD GRACE | Oates, Lawrence Edward Grace (1880–1912) ialah pegawai tentera British dan ahli ekspedisi British ke Antartika yang diketuai oleh Kapten Robert Falcon Scott. Dia menyertai ekspedisi itu pada tahun 1910 dan pada tahun 1912 menganggotai kumpulan kereta luncur salji yang sampai di Kutub Selatan. Dalam perjalanan pulang, dia diserang reput fros dan mengalami kesukaran untuk meneruskan perjalanan bersama-sama ahli lain. Dengan semangat kepahlawanan yang sanggup berkorban, dia terus berjalan sehingga menemui maut dalam ribut salji. Semasa meninggalkan khemahnya, dia berkata, “Saya mahu keluar; mungkin agak lama.” Oates lahir di London. Dia menyertai pasukan tentera dan berkhidmat di Afrika Selatan, Mesir, dan India. | UMUM | |