MUATAN | Muatan ialah barangan pembuatan atau bahan mentah yang diangkut dari satu tempat ke satu tempat. Kereta api masih mengangkut muatan berat seperti batu arang dan mineral lain. Tetapi di kebanyakan negara industri, jalan raya mengangkut lebih banyak muatan berbanding kereta api. Trak dan van mengangkut muatan dari kilang ke gudang, dan dari gudang kepada pelanggan. Muatan selalunya dipindahkan melalui kontena . Ia merupakan kotak logam besar yang dinaikkan ke atas trak dan boleh diturunkan terus ke atas gerabak kereta api atau ke atas dek kapal kargo. Pengenalan muatan berkontena telah mengurangkan kerja pemunggahan naik dan turun, serta pemunggahan semula barangan dengan banyaknya. | UMUM | |
ANUR | Alat pengangkut untuk mengangkut barang yang ditarik oleh lembu atau kerbau. Anur dikenal juga sebagai andur. Selalunya petani menggunakan alat ini untuk mengangkut padi atau berbagai-bagai jenis hasil tanaman dari sawah atau kebun ke rumahnya. | BUDAYA | Alat/Alatan |
PAIP | Paip ialah tiub yang digunakan untuk mengangkut cecair dan gas dari satu tempat ke tempat lain. Talian paip setara dari segi kepentingan dengan lebuh raya dan jalan kereta api sebagai cara untuk mengangkut bahan yang berguna kepada manusia. Paip besar menyalurkan air dari kolam, tasik, atau lain-lain sumber bekalan air ke bandar. | UMUM | |
PORTEJ | Portej ialah mengangkut barangan atau bot mengikut darat di antara dua kumpulan air, atau di sekitar beberapa kawasan halangan seperti air terjun atau jeram. Istilah portej juga digunakan untuk laluan darat bagi membawa barangan. Orang Asli Amerika Utara mengembara di antara sungai dengan tasik dengan kaedah portej. Mereka mengembara sejauh hulu sungai, selagi bot mereka dapat digunakan. Kemudian, mereka membawa kanu dan barangan melalui laluan darat untuk menuju ke anak sungai atau tasik yang berikutnya bagi meneruskan pengembaraan melalui air. | UMUM | |
TIN TIMAH | Tin timah ialah bekas yang digunakan untuk membungkus, mengangkut dan memasarkan beratus-ratus jenis makanan dan bukan makanan untuk kegunaan di rumah dan industri. Kebanyakan tin timah dibuat daripada keluli yang disalut nipis dengan timah. Tetapi berjuta-juta tin tidak mengandungi timah sama sekali dan banyak yang diperbuat keseluruhannya daripada aluminium. | UMUM | |
AMBULANS | Ambulans ialah kenderaan yang direka bentuk khas untuk mengangkut orang sakit atau cedera. Kebanyakan ambulans ialah kenderaan bermotor yang dicat dengan lambang palang atau lambang khas yang lain. | UMUM | |
MESIN | Mesin ialah alat yang melakukan kerja. Industri menggunakan penekan gerudi besar, pelarik dan penekan untuk membuat keluaran yang kita gunakan. Perniagaan bergantung pada mesin taip, komputer dan lain-lain mesin pejabat. Kereta, bas dan kapal terbang mengangkut manusia dengan pantas dalam jarak jauh. Trak, kereta api dan kapal adalah mesin yang digunakan untuk mengangkut barang ke pasaran dan dari pasaran. Tanpa mesin, penduduk di bandar raya mendapati lebih sukar untuk hidup, dan peladang tidak dapat menghasilkan cukup makanan untuk kita. Hampir setiap aktiviti dalam kehidupan harian kita bergantung pada mesin. | UMUM | |
SALURAN PAIP | Saluran paip ialah sistem paip yang digunakan untuk menyalurkan bahan tertentu dalam jarak yang jauh. Saluran paip memainkan peranan yang penting dalam operasi dan ekonomi masyarakat moden. Saluran paip menyalurkan air untuk kegunaan isi rumah, perniagaan dan perusahaan, mengangkut gas asli, petroleum, dan juga hasil petroleum seperti minyak petrol, minyak tanah, dan minyak diesel. Saluran paip juga membawa sisa perusahaan dan air limbahan, abu dari batu arang, bijih besi, dan batu kapur untuk kegunaan perusahaan. | UMUM | |
SASKATCHEWAN | Saskatchewan (pend. 988 928) adalah salah satu Provinsi Prairi di Kanada. Ia merupakan kawasan tanaman gandum yang terbesar di Amerika Utara. Petaninya menghasilkan kira-kira separuh daripada gandum Kanada. Kawasan gandum yang luas ini diberi nama jolokan Bakul Roti Kanada . Kereta api digunakan untuk mengangkut sebahagian besar gandum ini ke pelabuhan-pelabuhan Kanada untuk dihantar ke seluruh dunia. | UMUM | |
TEKA-TEKI | Teka-teki ialah soalan atau pernyataan yang mengandungi makna yang sengaja disembunyikan. Teka-teki kini biasanya bertujuan untuk menyeronokkan. Ia selalunya dalam bentuk conundrum, iaitu sejenis teka-teki yang bergantung kepada permainan kata. Contoh teka-teki jenis ini ialah “Apakah benda yang beroda empat dan dapat terbang?” Jawapannya ialah “Trak mengangkut sampah sarap”, yang hanya ada unsur makna apabila kita sedar bahawa perkataan terbang itu mempunyai dua maksud. | UMUM | |