Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngan.tu/] | مڠنتوق

Definisi : berasa hendak tidur: ia ~ benar kerana hari sudah larut malam; orang ~ disorongkan bantal prb mendapat sesuatu yg sangat-sangat dikehendaki (diingini); (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngan.tu/] | مڠنتوق

Definisi : berasa hendak tidur: Kalau ~, pergilah tidur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengantuk

Puisi
 

Burung belatuk kepalanya kuning,
     Hendak merapat di kaki dulang;
Mata mengantuk kepalanya pening,
     Hendak melepas si hajat orang.


Lihat selanjutnya...(9)
Peribahasa

Orang lapar diberi nasi.

Bermaksud :

Memperoleh apa yang diingininya. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Orang haus diberi air, b. Orang mengantuk disorongkan bantal).

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SEDATIF

Sedatif ialah ubat yang mengurangkan aktiviti

sistem saraf pusat. Sedatif dipreskripsikan

terutamanya untuk mengurangkan keresahan atau

untuk melahirkan rasa mengantuk. Kesan sedatif

bergantung pada dos. Apabila diambil sedikit,

dadah ini menenangkan seseorang. Dos yang

lebih sedikit akan menyebabkan rasa mengantuk.

Apabila digunakan untuk menimbulkan rasa

mengantuk, dadah ini umumnya dikenali sebagai

hipnotik.

UMUM 
DORMOUSE

Dormouse ialah mamalia kecil yang kelihatan

seperti tupai kecil. Dormouse terkenal dengan

caranya mengantuk. Apabila tiba musim sejuk,

ia menyimpan makanan dalam sarang dan

berhibernasi (tidur sepanjang musim sejuk).

UMUM 
MENGUAP

Menguap ialah perbuatan membuka mulut

dengan luas, atau menganga untuk mengambil

udara. Menguap biasanya disebabkan oleh

mengantuk, letih, atau bosan. Menguap adalah

satu tanda bahawa tubuh kita memerlukan tidur.

Tindakan ini ialah satu gerak refleks luar kawalan.

Apabila tindakan ini telah dimulakan, susah untuk

memberhentikannya. Mulut boleh ditutup tetapi

otot-otot yang berkaitan masih lagi mengecut.

UMUM 
MABUK GERAK

Mabuk gerak ialah keadaan rasa loya yang amat

sangat, yang disebabkan oleh perjalanan. Pesakit

menjadi pucat dan berpeluh. Pesakit boleh muntah

sekiranya perjalanan berterusan. Kebayakan orang

yang terjejas akibat mabuk gerak juga mengalami

sendawa, sakit kepala, bersikap acuh tak acuh dan

mengantuk.

UMUM 

Kembali ke atas