Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nga.nu.ge.rah.kan] | مڠانوݢرهکن

Definisi : memberikan sesuatu sbg anugerah, mengurniakan: Ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong berkenan ~ pingat kpd beliau; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nga.nu.ge.rah.kan] | مڠانوݢرهکن

Definisi : memberikan sesuatu sbg anugerah; mengurniakan: Baginda telah ~ pingat AMN kpd beliau. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menganugerahkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SURAT PATEN

Surat paten adalah surat terbuka tentang

kebenaran kerajaan terhadap hak monopoli kepada

pencipta. Raja boleh juga menggunakan surat

paten untuk menganugerahkan kebangsawanan.

Surat paten biasanya ditulis di atas velum (kertas

kulit halus) dan ditandakan dengan cap pihak

berkuasa yang mengeluarkannya.

UMUM 
AKADEMI PERANCIS

Akademi Perancis ialah pertubuhan para

intelektual Perancis. Ia dinamakan L’Académie

Francaise dalam bahasa Perancis. Aktivitinya

termasuk menganugerahkan hadiah sastera dan

menerbitkan kamus bahasa Perancis.

UMUM 
NAPOLEON II

Napoleon II (1811–1832), Duke of Reichstadt, ialah

putera kepada Napoleon I dan Marie Louise dari

Austria. Napoleon I telah lama berharap untuk

mendapat putera yang bakal mewarisi empayarnya,

dan menerima kelahiran puteranya dengan begitu

gembira. Baginda menganugerahkan puteranya

dengan gelaran raja Rom.

UMUM 
MUHAMMAD AL-FATIH

Muhammad al-Fatih (833 H.– 886 H., /1429 M.–

1481 M.), sultan kerajaan Uthmaniyyah, iaitu

putera Sultan Murad II. Pada tahun 855 H. (1451

M.), baginda menaiki takhta menggantikan

ayahandanya. Baginda boleh bertutur dalam

bahasa Parsi, Arab, Yunani, Salafi dan menjadi

pembantu dalam mengembangkan ilmu Islam.

Baginda dikunjungi oleh para ulama, sasterawan,

penyair dan menganugerahkan sebaik-baik

penghargaan kepada mereka. Ayahandanya

mewasiatkan agar membuka kota Constantinople,

lalu baginda berusaha merealitikan cita-cita

ayahandanya dan berjaya membuka kota itu pada

tahun 857 H./1453 M. Dengan itu, baginda

dikenali sebagai (al-Fatih (pembuka)) kerana

berjaya membuka kota Constantinople iaitu ibu

kota kerajaan Byzantine. Baginda menamakan

Islambul yang bererti bandar Islam dalam bahasa

Turki.

UMUM 
SEMINARI

Seminari ialah kolej untuk melatih bakal paderi

dan pemimpin gereja dan lain-lain pertubuhan

keagamaan. Ia juga dikenali sebagai kolej teologi

atau sekolah deviniti, dan merupakan sebuah

institutsi peringkat ijazah. Pelajar seminari pada

amnya mempelajari doktrin, sejarah, falsafah dan

tulisan kitab suci mengenai agama mereka. Ramai

juga yang mempelajari mata pelajaran amali,

seperti psikologi pastoral, pendidikan agama,

ibadat dan berdakwah. Seminari di beberapa

negara biasanya menawarkan ijazah lanjutan,

seperti Ijazah Sarjana dan Kedoktoran. Sesetengah

kumpulan keagamaan pula menganugerahkan

diploma, lesen atau sijil bagi menggantikan ijazah.

UMUM 
SALJUK, KERAJAAN

Saljuk, Kerajaan, sebuah kerajaan yang

diasaskan oleh Dinasti Turki-Islam yang

memerintah Iran, Iraq, Syria dan negara Asia Kecil

pada abad ke-12 dan ke 13 M. Kerajaan Saljuk

dinamakan bersempena nama Saljuk, ketua dinasti

bangsawan Turki, iaitu al-Ghuzza al-Turkamaniyyah

yang pernah berhijrah dan membuat petempatan

di Bukhara. Seorang cucu Saljuk, Tughrul Bek telah

dilantik memerintah Khurasan pada tahun 429 H./

1037 M. Sewaktu kekuasaan Bani Buwayh di

Baghdad semakin lemah, lebih-lebih lagi setelah

mereka melakukan banyak kezaliman, khalifah

Abbasiyyah di Baghdad meminta bantuan daripada

al-Qa’im ibn Amrillah Tughrul Bek untuk

menghapuskan golongan tersebut. Tughrul Bek

segera mara ke Baghdad dan berjaya menewaskan

mereka. Sebagai membalas jasanya, khalifah

Abbasiyyah menganugerahkan gelaran raja kepada

Tughrul Bek sambil memberi kuasa pentadbiran

pada tahun 447 H./1055 M.

UMUM 

Kembali ke atas