Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.cap] | مڠچڤ

Definisi : mengocok (daun terup), menggaul. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.cap] | مڠچڤ

Definisi : 1. membubuh atau menaruh cap, menjadikan bercap; 2. mencetak (buku, surat khabar, kain, dll): surat khabar Utusan Melayu telah ~ berita itu dgn huruf-huruf kasar di muka hadapannya; 3. memberi bertanda: bilangan gigi gear itu ada dicap pd gear tersebut; 4. ki menganggap sbg, menuduh atau menamai: Amerika sendiri mungkin dicap ingin menguasai Vietnam Selatan; kita boleh ~ dia sbg “sasterawan nakal”; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.cap] | مڠچڤ

Definisi : 1. mengeluarkan bunyi spt bunyi cicak; 2. = mengecap-ngecap, berkecap­-kecap, terkecap-kecap mengatup-ngatup­kan mulut ketika makan hingga berbunyi berdecap-decap: dia makan sambil ~-ngecap; 3. merasa (mencuba) masakan dll, men­cicip: ~ gulai utk mengetahui sedap tidaknya; 4. ki merasai, menikmati: ~ kebahagiaan; ~ nikmat; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.cap] | مڠچڤ

Definisi : 1 merasa masakan dll (utk mengetahui enak tidaknya): ~ gulai. 2 ki menikmati; merasai: ~ nikmat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[me.nge.cap] | مڠچڤ

Definisi : 1 membubuh cap; menjadikan bercap: ~ jari. 2 mencetak (buku dll): Syarikat kami sanggup ~ buku dan majalah. 3 ki meng­anggap: Beliau telah dicap sbg batu api di pejabat itu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kecap (kata kerja)
Bersinonim dengan rasa, nikmati, cecap, cicip, merasa makanan;,
Kata Terbitan : mengecap, mengecap-ngecap,

Peribahasa

Burung terbang dipipiskan lada.

Bermaksud :

Sudah bersiap sedia untuk mengecap hasil yang belum lagi diperoleh. (Peribahasa lain yang sama makna: a. Ikan lagi di laut, lada garam sudah di sengkalan, b. Rusa di hutan, kancah sudah dijerang). pipis = giling.

 

Lihat selanjutnya...(4)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AURELIAN

Aurelian (215?–275 M.) ialah maharaja Rom.

Pemerintahannya yang berbentuk ketenteraan dan

berdisiplin berjaya menyatukan empayar Rom yang

mulai berpecah semasa baginda baru menjadi

maharaja. Aurelian mengecap duit syiling dengan

perkataan Pemulih Dunia.

UMUM 

Kembali ke atas