Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.nge.jut] | مڠجوت

Definisi : tidak semena-mena datangnya (ber­lakunya), dgn tiba-tiba (sekonyong-konyong), dgn tidak dijangka-jangka (disangka-sangka), mendadak: beliau meletakkan jawatannya secara ~; lawatan ~ lawatan yg tidak dijangka-jangka atau tidak dirancang terlebih dahulu; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.nge.jut] | مڠجوت

Definisi : dgn tiba-tiba atau dgn tidak disangka-sangka berlakunya sesuatu: Beliau telah meninggal dunia secara ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
kejut
Kata Terbitan : mengejut, mengejut-ngejut, mengejuti, mengejutkan, terkejut, kekejutan,

Puisi
 

Bersigup tidak ku pandai,
     Baranya jatuh ke lantai;
Kasih mengejut tidak ku pandai,
     Ibarat angin tiup selesai.


Lihat selanjutnya...(5)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SINDROM KEMATIAN BAYI MENGEJUT

Sindrom kematian bayi mengejut, juga

disebut SIDS, kematian kot, atau kematian krib, ialah

suatu keadaan yang mengakibatkan kematian bayi

yang berkeadaan sihat. Dalam kebanyakan kes, bayi

didapati mati selepas beberapa jam diletakkan di

atas katil. Sebab kematiannya tidak dapat ditentukan,

walaupun selepas dijalankan autopsi dan mengkaji

keseluruhan sejarah perubatan mangsa. Di

kebanyakan negara, (Sindrom kematian bayi

mengejut) (SIDS) merupakan salah satu penyebab

utama kematian bayi. Pemerhati yang pernah

memerhatikan kejadian yang membawa kepada

SIDS melaporkan tubuh bayi tersebut menjadi biru,

tidak bermaya dan berhenti bernafas. Bayi yang

malang ini tidak menangis atau meronta.

UMUM 
KUDETA

Kudeta ialah rampasan kuasa secara mengejut

terhadap pemerintahan sesuatu kerajaan oleh

sekumpulan perancang. Kumpulan perancang

itu biasanya terdiri daripada pegawai awam

yang mengancam dan seterusnya menggunakan

angkatan bersenjata, polis dan komunikasi

negara dalam rampasan kuasa.

UMUM 
KORONER

Koroner ialah pegawai yang membuat soal siasat

terhadap sebarang kematian yang meragukan atau

kematian mengejut yang tidak diketahui puncanya.

UMUM 
DOOLITTLE, JAMES HAROLD

Doolittle, James Harold (1896–1993) ialah

juruterbang Amerika yang terkenal. Dia mengetuai

pengeboman yang pertama ke atas Tokyo

semasa Perang Dunia II. Dia memandu kapal

terbang pengebom berenjin kembar 16 B-25, dari

pangkalan pesawat pengangkut U.S.S. Hornet

dalam serangan mengejut ke atas Tokyo pada

18 April 1942.

UMUM 
MAGNETO

Magneto ialah janakuasa elektrik yang

menyediakan pencucuhan percikan api dalam

sesetengah enjin pembakaran dalaman.

Pencucuhan Magneto digunakan dalam mesin

rumput dan dalam kebanyakan kapal terbang dan

motosikal. Magneto beroperasi berdasarkan dua

prinsip asas: (1) Gerakan konduktor dalam medan

magnet mengeluarkan arus elektrik dalam

konduktor, dan (2) Gangguan mengejut aliran arus

dalam konduktor dapat mencetuskan (menjanakan)

voltan yang tinggi.

UMUM 
TERGELIAT

Tergeliat ialah kecederaan pada ligamen atau

pada tisu yang menutupi sesuatu sendi. Ligamen

ialah jalur gentian yang berutas-utas seperti tali

yang mengikat tulang-tulang sendi ke posisinya

dengan kukuh dan baik (lihat Ligamen ). Tisu yang

menutupi sendi-sendi itu dikenali sebagai kapsul .

Kebanyakan kejadian tergeliat adalah akibat

daripada berlakunya renggutan mengejut yang

akan menegang atau mengoyak tisu-tisu ligamen

atau kapsul itu. Kejadian tergeliat yang paling biasa

berlaku adalah pada buku lali dan pergelangan

tangan, tetapi seseorang mungkin boleh tergeliat

di mana-mana sendi sahaja.

UMUM 
MUQTADIY BI AMRI ALLAH, AL-

Muqtadiy bi Amri Allah, al- (448 H.–487 H./

1056 M.–1094 M.), khalifah kerajaan Bani

Abbasiyyah. Nama penuhnya ialah Abdullah ibn

Muhammad al-Qa’im bi Amri Allah ibn al-

Muqtadir. Dia lahir dan dibesarkan di Baghdad.

Datuknya, al-Qa’im bi Amri Allah menjanjikan

jawatan khalifah kepadanya dan dia bergelar al-

Muqtadiy. Al-Muqtadiy bi Amri Allah dilantik

sebagai khalifah selepas kematian datuknya pada

tahun 467 H./1074 M. ketika berumur 18 tahun. Dia

berusaha memulihkan keadaan kota Baghdad

dengan mengeluarkan perintah agar dihapuskan

penyanyi serta perosak negara, melarang

pengurungan burung, melarang pembuangan air

mandi ke Sungai Dajlah dan menggalakkan

rakyatnya menggali telaga untuk mendapatkan air.

Dia juga melarang percampuran bebas antara

lelaki dengan perempuan dalam mempamerkan

kecantikan. Al-Muqtadiy bi Amri Allah juga

meminati sastera dan syair. Zaman

pemerintahannya aman dan makmur. Dia

meninggal dunia secara mengejut di Baghdad.

UMUM 

Kembali ke atas