THOMSEN, CHRISTIAN JURGENSEN | Thomsen, Christian Jurgensen (1788–1865) ialah ahli arkeologi Denmark. Dia ialah orang pertama sekali membuktikan bahawa sejarah manusia sebelum bermulanya rekod bertulis, boleh dibahagikan kepada tiga zaman, iaitu Zaman Batu, Zaman Gangsa, dan Zaman Besi. Minat Thomsen untuk memberikan pemahaman kepada orang ramai tentang perkara ini mendorongnya mengelolakan muzium etnografi pertama dunia di Copenhagen pada tahun 1846. | UMUM | |
IKRANAGARA | IKRANAGARA (1943- ), penyair dan dramatis Indonesia. Dia lahir pada 19 September 1943 di Negara, Bali, Indonesia. Ikranagara pernah menjadi pensyarah tamu universiti di California dan Hawaii (1973-1974). Sekembalinya ke Indonesia, dia dilantik sebagai pensyarah Institut Kesenian Jakarta. Sejak tahun 1976, dia mengelolakan ruangan kebudayaan “Dialog” dalam akhbar Berita Buana, Jakarta. | SASTERA | Tokoh |
ANWAR RIDHWAN | Dia lahir pada 5 Ogos 1949 di Parit Satu Timur, Sungai Besar, Sabak Bernam, Selangor. Nama sebenarnya ialah Mohd. Anuar Haji Rethwan. Dia mendapat pendidikan asas di Sekolah Ungku Aziz Sabak Bernam (1963-1967) dan Sekolah Menengah Alam Shah Kuala Lumpur (1968-1969). Pada tahun 1970, dia menuntut di Jabatan Pengajian Melayu, Universiti Malaya. Bakat besarnya dalam bidang sastera dan penulisan bermula ketika pada tahun pertama universiti, terutamanya dalam bidang sajak dan cerpen, dan turut mengasaskan ikatan Sastera Universiti Malaya (ISUM) dan mengelolakan ruangan kebudayaan akhbar Mahasiswa Negara. Anwar lulus Sarjana Muda Sastera (kepujian) pada tahun 1973. Pada bulan Mei 1973, dia bertugas sebagai Pegawai Penyelidik di Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Sejak bertugas di DBP, Anwar pernah menjadi sidang editor majalah Dewan Bahasa, Dewan Sastera dan Dewan Budaya. Pada tahun 1983, dia menamatkan pengajian ijazah sarjana Sastera di Universiti Malaya. | SASTERA | Tokoh |