| TENIS | Tenis ialah sejenis permainan yang mempunyai seorang atau dua orang pemain pada setiap gelanggang, yang menggunakan raket untuk memukul dan mengembalikan bola lawan melepasi jaring. Sukan ini dimainkan di atas permukaan rata yang dikenali sebagai gelanggang. Setiap pemain cuba memungut mata dengan memukul bola supaya pemain lawan gagal mengembalikan bola itu melepasi jaring ke dalam gelanggang. | UMUM | |
| KEBANGKITAN JACOBITE | Kebangkitan Jacobite, pada tahun 1715 dan tahun 1745, ialah percubaan untuk mengembalikan keluarga Stuart yang berada dalam buangan ke takhta England. | UMUM | |
| AMNESTI | Amnesti ialah pengampunan oleh kerajaan bagi jenayah yang telah dilakukan terhadapnya. Amnesti mengembalikan semula status perundangan pesalah kepada status perundangan mereka yang asal sebelum mereka melakukan jenayah tersebut. | UMUM | |
| SISTEM LIMFATIK | Sistem limfatik ialah satu rangkaian pembuluh kecil yang menyerupai pembuluh darah. Sistem limfatik mengembalikan bendalir dari tisu badan ke dalam aliran darah. Proses ini diperlukan kerana tekanan bendalir dalam badan terus-menerus menyebabkan air, protein dan bahan-bahan lain keluar dari pembuluh darah yang dikenali sebagai kapilari. Bendalir yang mengalir keluar, yang dikenali sebagai bendalir interstitial, membasahi dan memberi nutrien kepada tisu badan. | UMUM | |
| MAGERAN | MAGERAN ialah Majlis Operasi yang ditubuhkan semasa Darurat untuk menyelaraskan kerja pentadbiran awam, tentera dan polis bagi mengembalikan keamanan negara. MAGERAN ialah singkatan Majlis Gerakan Negara. Majlis ini ditubuhkan berikutan ketegangan dan kekacauan yang melanda Kuala Lumpur. Ia ditubuhkan pada 16 Mei 1969 dengan Tun Abdul Razak bin Hussein, Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebagai pengarahnya. Anggota MAGERAN yang lain terdiri daripada Tun Dr. Ismail Abdul Rahman, Presiden MCA, Presiden MIC, Tan Sri Ghazali Shafie, Tunku Osman Mohd. Jewa, Tan Sri Mohamad Salleh dan Leftenan Jeneral Dato’ Ibrahim Ismail. | UMUM | |
| PERTUBUHAN PEMBEBASAN PALESTIN | Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO). Pertubuhan ini merupakan wakil tunggal bangsa Arab Palestin yang berdaftar secara rasmi. Tujuan utama pertubuhan ini ialah mengembalikan bumi Palestin yang telah dirampas oleh Israel ke tangan mereka semula. Palestin merupakan tempat bersejarah yang penting kini; ia mengandungi Palestin yang telah dijajah semenjak tahun 1948 dan Tebing Barat, serta Semenanjung Gaza yang dijajah semenjak tahun 1967. | UMUM | |
| ALFRED YANG AGUNG | Alfred yang Agung (849–899), raja Saxon Barat di England. Baginda menyelamatkan negaranya, Wessex daripada ditakluk oleh orang Denmark, menjadi asas kepada golongan England di bawah kerajaan beraja Saxon Barat dan mengembalikan semula pembelajaran dan kesusasteraan (lihat Anglo-Saxon ). | UMUM | |
| ARAFAT, YASSER | Arafat, Yasser (1929–2004) ialah Presiden negara Palestin dan juga Presiden Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) semenjak tahun 1969. Pertubuhan Pembebasan Palestin (PLO) adalah sebuah kesatuan rakyat Palestin yang bersumpah taat setia untuk mengembalikan ketuanan kerajaan Palestin. Lihat Palestin, Sejarah. | UMUM | |
| SHREWSBURY SCHOOL | Shrewsbury School , diasaskan oleh Raja Edward VI pada tahun 1552 adalah antara sekolah awam yang terkenal di England. Sekolah ini terletak di luar bandar Shrewsbury. Selepas melalui kemerosotan pada tahun 1700-an, dua orang pengetuanya yang ulung telah mengembalikan reputasinya. Samuel Butler, yang berkhidmat dari tahun 1798 hingga tahun 1836, telah menaikkan kadar biasiswa. Benjamin Kennedy, pengetua dari tahun 1836 hingga tahun 1866, telah menambahkan pengajian moden dan menggalakkan minat dalam muzik dan sukan. | UMUM | |
| PINGPONG | Pingpong ialah permainan dalam dewan yang menyerupai permainan tenis. Pemainnya menggunakan raket yang dikenali sebagai raket atau daun bet untuk memukul bola melepasi jaring yang dipasang merentangi meja pingpong. Pemain memperoleh mata apabila pihak lawan tidak dapat mengembalikan bola yang dipukulnya. Pingpong boleh dimainkan oleh dua atau empat orang. Jika dimainkan oleh dua orang pemain, ia dikenali sebagai perseorangan . Jika ia dimainkan oleh empat orang pemain, ia dikenali pula sebagai beregu . | UMUM | |