Thomson, James (1700–1748) ialah penyair Scotland yang amat disanjung pada tahun 1700-an sebelum kemunculan Robert Burns. Pada tahun 1725, Thomson mengembara dari Scotland ke London. Di London, dia menerbitkan maha karya, The Seasons (1726 – 1730, edisi kedua 1744 – 1746). Thomson menyimpang daripada gaya puisi lucu tiruan semasa dan beralih kepada alam semula jadi sebagai tema. Dia memberikan gambaran yang jelas dan segar mengenai alam semula jadi dalam rangkap tanpa rima yang padat. Gaya penulisan ini membawa kepada gerakan romantik pada akhir tahun 1700-an. Thomson lahir di Ednam, sebuah daerah di tanah pamah Scotland. Dia menghasilkan tragedi, puisi berjudul Liberty (1735 – 1736), dan The Castle of Indolence (1748), puisi tiruan berdasarkan karya Edmund Spenser. |