Oates, Joyce Carol (1938– ) ialah pengarang Amerika. Dia menyelitkan dalam kebanyakan novel dan cerpennya kualiti yang mengerikan dengan memberi penekanan terhadap seks dan keganasan. Walau bagaimanapun, subjeknya yang sebenar ialah masyarakat dan kegilaan yang ditimbulkan. Oates telah menulis lebih daripada 30 buah buku. Beberapa orang pengkritik mengatakan bahawa dia boleh mengaut keuntungan dengan memperbaiki karya fiksyennya, tetapi kebanyakan pengkritik bersetuju bahawa gambaran imaginasinya tentang masyarakat moden adalah tepat. |