SYAWAL | Syawal ialah bulan ke-10 mengikut takwim Hijrah yang digunakan di sesetengah negara Islam. Bulan Syawal adalah selepas bulan Ramadan dan merupakan bulan permulaan bagi mengerjakan haji yang bermula dari 1 Syawal hingga ke-10 Zulhijah. Ia mendapat nama pada zaman datuk Nabi Muhammad s.a.w. yang kelima, iaitu Kilab ibn Murrah kira-kira pada tahun 412 M. | UMUM | |
AZAN | Azan adalah satu cara pemberitahuan dalam Islam. Ia berfungsi sebagai peringatan supaya menunaikan sembahyang lima waktu. Azan dari segi bahasa bermakna seruan dan pemberitahuan. Makna ini terdapat dalam firman Allah Taala yang bermaksud: “Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhan) mu dengan berjalan kaki, dengan menunggang berjenis-jenis unta kurus, yang datangnya dari pelbagai jalan (dari ceruk rantau) yang jauh”. | UMUM | |
SURAH AL-TAKATHUR | Surah al-Takathur ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-102 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi lapan ayat. Surah ini dinamakan al-Takathur (memperbanyak) kerana firman Allah S.W.T .yang bermaksud: “Kamu telah dilalaikan (daripada mengerjakan amal bakti) oleh perlumbaan (memperbanyak harta-benda dan anak-pinak, pangkat dan pengaruh)”. (Surah al-Takathur 102:1) | UMUM | |
PAWAH | PAWAH, sejenis sistem penyewaan dalam aktiviti pertanian. Dalam sistem ini pemilik tanah atau binatang ternakan membenarkan orang lain mengerjakan tanah atau haiwan ternakan itu. Hasil yang diperoleh dikongsi mengikut pembahagian yang ditetapkan oleh kedua-dua belah pihak. | BUDAYA | Kaedah |
TAFSIR AL-QUR'AN AL-KARIM. | Tafsir al-Qur’an al-Karim. Ilmu tafsir merupakan salah satu ilmu syariah yang asas, kerana ia berkaitan dengan al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah S.W.T. sebagai panduan dan rahmat kepada manusia. Ia membicarakan makna kalam Allah S.W.T. (al-Qur’an) dan menjelaskan tentang pengertian ayat-ayat-Nya. Allah S.W.T. memerintahkan manusia supaya menghayati ayat-ayatnya, memahami maknanya dan mengetahui hukum-hakamnya supaya mereka dapat merasakan kebesaran Allah S.W.T. dan kelebihan- Nya ke atas mereka, dan untuk mengerjakan apa yang disuruh-Nya serta menjauhkan apa yang dilarang-Nya. Firman Allah S.W.T. bermaksud: “(Inilah) kitab (al-Qur’an) yang Kami turunkan kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad) – kitab yang banyak faedah dan manfaatnya, ayat-ayatnya dan, untuk mereka memahami dengan teliti kandungan untuk orang-orang yang berakal sempurna beringat dan mengambil iktibar”. ( Surah Sad 38:29) | UMUM | |
SURAH AL-WAQI‘AH | Surah al-Waqi‘ah ialah salah satu daripada surah Makkiyyah, surah yang ke-56 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 96 ayat. Surah ini dinamakan al-Waqi‘ah (hari kiamat) kerana ia dimulakan dengan tanda-tanda berlakunya hari kiamat dan kedahsyatannya. Surah ini membicarakan tentang keadaan hari kiamat dan kesengsaraan hari tersebut. Pada hari itu, manusia terbahagi kepada tiga golongan, iaitu golongan kanan, golongan kiri dan golongan yang berlumba-lumba dalam mengerjakan kebaikan di dunia. | UMUM | |
PERLOMBONGAN ANTIMONI | PERLOMBONGAN ANTIMONI, kegiatan melombong antimoni di Sarawak, terutama di kawasan Sambas dan Bahagian Kuching. Sebelum Sarawak ditadbirkan oleh keluarga Brooke, pembesar-pembesar Brunei yang menguasai Sarawak telah menggunakan kaum peribumi untuk mengerjakan lombong antimoni. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Sumber/Bahan Alam |
KAABAH | Kaabah, binaan batu bata bersegi empat, yang terletak di tengah-tengah Masjid al-Haram, Makkah. Kaabah juga dikenali sebagai Baitullah atau Baitulharam dan merupakan simbol agama Islam yang paling utama dan menjadi tumpuan umat Islam untuk mengerjakan fardu haji. | AGAMA | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |