MOTOR SANGKUT | Motor sangkut ialah enjin petrol atau motor elektrik yang dilekapkan pada buritan bot. Motor ini menggerakkan aci pemacu menegak yang menggerakkan kipas. Kipas berpusing dalam air untuk menggerakkan bot. | UMUM | |
PETROL | Petrol adalah satu daripada bahan api terpenting yang digunakan untuk pengangkutan. Kebanyakan petrol digunakan dalam enjin yang menggerakkan kereta dan trak. Enjin petrol juga menggerakkan kenderaan dan mesin seperti kapal terbang, motobot, traktor dan mesin rumput. Petrol kadangkala dikenali sebagai gasolin. | UMUM | |
DAYUNGAN | Dayungan ialah tindakan untuk menggerakkan sesebuah perahu dengan pengayuh. Ramai orang menyetujui bahawa mendayung di tasik dan sungai merupakan suatu bentuk senaman yang menyeronokkan. Pertandingan lumba perahu pula sudah menjadi satu acara sukan amatur yang penting yang sangat teratur. | UMUM | |
PAM | Pam ialah sejenis peranti yang menggerakkan atau memadatkan cecair dan gas. Pam digunakan dalam pelbagai jenis mesin dan peranti lain, termasuklah dalam sistem pemanas rumah, peti sejuk, telaga minyak dan perigi, dan enjin turbojet dan kereta. Bendalir (sama ada gas atau cecair) yang digerakkan oleh pam termasuk udara untuk mengembungkan tayar basikal hinggalah kepada cecair natrium dan cecair kalium untuk menyejukkan reaktor nuklear. Kebanyakan pam dibuat daripada keluli, tetapi ada juga yang dibuat daripada kaca atau plastik. Pam gas juga dikenali sebagai pemampat, kipas, atau penghembus. | UMUM | |
MOTOR ELEKTRIK | Motor elektrik ialah mesin yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal untuk melakukan kerja. Motor elektrik digunakan untuk menggerakkan pelbagai mesin dan jentera. Mesin basuh, penyaman udara dan pembersih vakum termasuk motor elektrik, begitu juga pengering rambut, mesin jahit dan penggerudi elektrik dan gergaji elektrik. Pelbagai jenis motor menggerakkan peralatan mesin, robot dan lain-lain kelengkapan untuk membolehkan kilang berjalan lancar. | UMUM | |
MOTOR ELEKTRIK LINEAR | Motor elektrik linear ialah alat yang digunakan terutamanya untuk menggerakkan kenderaan laju tinggi yang tidak menggunakan roda. Kenderaan demikian disokong oleh magnet atau kusyen udara. Motor elektrik linear juga digunakan untuk membuka dan menutup gate dan mengendalikan pelancar roket dan laluan pejalan kaki bergerak. | UMUM | |
KREN | Kren ialah mesin angkat yang digunakan untuk mengangkat dan menggerakkan beban berat di limbungan kapal dan kilang, dan di tapak pembinaan. | UMUM | |
KORDIT | Kordit adalah satu daripada serbuk asli tidak berasap yang digunakan untuk menggerakkan peluncur daripada senjata api. | UMUM | |
PERGELANGAN TANGAN | Pergelangan tangan ialah sendi yang menyambungkan tangan dan lengan bawah. Kita menggunakan pergelangan tangan untuk menggerakkan tangan ke atas, ke bawah dan ke sisi. Perkataan pergelangan tangan juga merujuk kepada satu kawasan di bahagian atas tangan. Kawasan ini termasuk lapan tulang kecil yang dinamakan karpal. | UMUM | |
THEREMIN | Theremin ialah alat muzik berbentuk kotak yang serupa dengan alat penerima radio. Nada muzik dihasilkan oleh dua litar elektronik frekuensi tinggi di dalam alat berkenaan. Pemain alat ini menghasilkan muzik dengan menggerakkan tangan kanannya di udara di hadapan antena yang terpacak pada alat muzik tersebut. Pemain mengawal nada bunyi dengan menggunakan suis dan menggerakkan tangan kirinya ke atas lingkaran logam di atas theremin. Lev Theremin, ahli sains Rusia, mencipta alat ini dan memainkannya buat pertama kali di khalayak ramai pada tahun 1920. Theremin adalah semata-mata satu keanehan muzik, tetapi ia telah digunakan sebagai alat solo. Penggubah muzik untuk theremin termasuk Bohuslav Martinu dan Edgard Varèse. | UMUM | |