Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ge.tar.kan] | مڠݢترکن

Definisi : menggentarkan, menggegarkan sedikit, menjadikan bergolak (agak riuh dsb): pancaran lampu menjadikan suasana lebih menarik dan ditambah dgn caklempong yg ~ suasana malam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ge.tar.kan] | مڠݢترکن

Definisi : menjadikan bergetar. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menggetarkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MELOFON

Melofon ialah sejenis alat muzik bras melengkung

yang menyerupai hon Perancis. Pemainnya

menghasilkan not dengan meniup ke dalam

mouthpiece berbentuk cawan dan menggetarkan

bibirnya. Pemainnya menukar not dengan cara

mengubah-ubah tegangan bibir dan penjarian tiga

injap alat ini.

UMUM 
IKAN TERBANGIkan terbang ialah sejenis ikan yang melompat
dari air dengan pergerakan ekornya yang kuat.
Di udara, ia meluncur dengan mengembangkan
siripnya yang lebar, yang bertindak sebagai sayap.
Semasa “terbang”, ikan terbang menggetarkan
ekornya dengan sangat pantas. Bahagian bawah
sirip ekornya yang panjang menjunam ke dalam
air dan muncul keluar dari air dan membantu ikan
terus berada di udara.
UMUMUmum
OKARINA

Okarina ialah alat tiup permainan kecil jenis

wisel. Ia diperbuat daripada tanah liat yang

dibentuk dengan acuan atau plastik, dan

berbentuk seperti telur angsa. Namanya diperoleh

daripada bentuk perkataan dalam bahasa Itali

bermakna angsa. Okarina mempunyai mouth

piece , dan melaluinya, pemain akan menggetarkan

pernafasannya dalam ruang okarina ini. Okarina

mempunyai lapan lubang hingga 10 lubang bagi

membolehkan pemain bermain skala yang mudah.

Tonnya lembut dan merdu. Donati, seorang Itali,

mencipta okarina pada tahun 1860-an, tetapi alat

berbentuk seperti okarina telah ditemui pada

zaman China purba.

UMUM 

Kembali ke atas