MELEMBING IKAN | Melembing ikan ialah sukan memburu ikan dalam air dengan menggunakan lembing atau tiruk, atau menggunakan senapang yang melancarkan lembing. Penggemar melembing ikan memburu ikan di dalam sungai, tasik, dan lautan di seluruh dunia. Ikan yang ditangkap dijadikan makanan. Sesetengah ahli biologi menggunakan kaedah melembing ikan apabila menanda ikan untuk tujuan penyelidikan, tanpa mencederakan ikan tersebut. | UMUM | |
SUARA | Suara. Hampir semua haiwan mempunyai suara. Beberapa jenis haiwan seperti zirafah, jarang menggunakan suara tetapi kebanyakan haiwan peringkat tinggi boleh menyalak, memekik, melolong, mengerang, berkicau atau membuat bunyi lain. Banyak haiwan menggunakan suara untuk berkomunikasi antara satu sama lain. Burung boleh menggunakan suara untuk melagukan muzik. Anjing boleh menyatakan perasaan tertentu menggunakan suara misalnya mengeluh ketika meminta makanan atau ketika berasa bersalah, melolong apabila marah dan menyalak kesukaan. | UMUM | |
MONYET LABAH-LABAH | Monyet labah-labah ialah monyet besar yang terkenal kerana menggunakan ekornya sebagai anggota tambahan. Ia boleh tergantung dengan menggunakan ekornya, malah mengambil objek dengan membelitnya. Monyet ini kadangkala tergantung kepala ke bawah kaki ke atas, dengan keempat-empat anggota dan ekornya mencengkam dahan. Dalam kedudukan ini ia kelihatan seperti labah-labah besar. Monyet ini sering menggunakan lengannya untuk berayun dari dahan ke dahan. Hanya beruk kecil Asia yang dikenali sebagai ungka boleh berayun lebih laju dari pokok ke pokok. | UMUM | |
PERANG SARAF | Perang saraf menggunakan propaganda untuk mencapai tujuan yang tertentu. Perang saraf boleh digunakan sebelum perang untuk mencegah meletusnya peperangan ataupun semasa perang untuk memenanginya. Sesebuah negara menggunakan perang saraf untuk meyakinkan negara musuh bahawa mereka tidak akan menang jika berlakunya perang dan justeru itu, peperangan tidak perlu dimulakan. Semasa perang, negara menggunakan perang saraf untuk meyakinkan pasukan tentera musuh bahawa perjuangan mereka itu tidak adil dan sia-sia, dan untuk melemahkan keyakinan terhadap para pemimpin. Matlamatnya ialah memusnahkan tekad musuh untuk berperang. | UMUM | |
EKONOMETRIK | Ekonometrik ialah cabang ekonomi yang menggunakan aplikasi matematik dan statistik dalam teori ekonomi. Perniagaan dan kerajaan menggunakan ekonometrik untuk menganalisis dan meramal aktiviti ekonomi. | UMUM | |
KARATE | Karate ialah satu bentuk pertarungan yang tidak menggunakan senjata, yang memerlukan seseorang itu menendang atau menyerang dengan menggunakan tangan, siku, lutut, atau kaki. | UMUM | |
PSIKOLOGI PENDIDIKAN | Psikologi pendidikan ialah bidang psikologi yang menggunakan pengetahuan dan kaedah psikologi untuk mengkaji proses pengajaran dan pembelajaran. Psikologi pendidikan menggabungkan psikologi dan pendidikan dengan menggunakan pengkajian saintifik ke atas tabiat manusia untuk mencapai matlamat pendidikan. Pengkajian tersebut mendedahkan bahawa guru perlu membantu pelajar untuk belajar. | UMUM | |
PNEUMATIK | Pneumatik adalah cabang ilmu fizik yang mengkaji kandungan gas terutama udara. Para jurutera menggunakan pneumatik dalam mereka alatan dan mesin yang menggunakan kandungan gas. Lihat juga Gas (jisim) ; Pam; Perkakas pneumatik. | UMUM | |
NAMA PENA | Nama pena ialah nama yang digunakan oleh pengarang sebagai ganti namanya yang sebenar. Nama pena juga dikenali sebagai nama samaran . Ribuan pengarang menggunakan nama pena. Kebanyakannya adalah novelis popular yang menggunakan lebih daripada satu nama pena untuk mengelakkan pasaran dibanjiri dengan karya yang diterbitkan atas nama yang sama. Penulis kadangkala menggunakan nama pena untuk menyembunyikan identiti mereka atas alasan perundangan, untuk melindungi peribadi mereka atau kerana mereka menangani karya yang bersifat sangat peribadi dan kontroversi. Pada tahun 1800- an, ramai penulis wanita menggunakan nama pena lelaki kerana wujudnya diskriminasi seks terhadap penulis wanita. | UMUM | |
MENJUGEL | Menjugel ialah membaling dan menangkap lebih daripada satu objek dengan satu tangan, atau tiga atau lebih objek dengan menggunakan dua tangan. Penjugel selalunya menggunakan bola, gelung atau belantan berbentuk pin boling. | UMUM | |