MUAR | Muar (pend. 400 000), daerah terbesar di bahagian barat negeri Johor yang menghala ke Selat Melaka. Bahagian barat dan utara daerah ini bersempadan dengan Melaka, Negeri Sembilan dan Pahang. Bahagian pantai Muar bermula dari Sungai Kesang hingga Sungai Sarang Buaya. Sungai Muar merupakan sungai yang terbesar dan mempunyai sejarah tertua di pantai barat Johor. Terdapat 17 buah mukim di daerah Muar, iaitu Bandar, Bukit Serampang, Tangkak, Grisek, Serom, Bukit Kepong, Sungai Raya, Lenga, Kundang, Kesang, Sungai Terap, Sungai Balang, Jalan Bakri, Jorak, Parit Jawa, Ayer Hitam dan Seri Menanti. | UMUM | |
SEMENANJUNG YORKE | Semenanjung Yorke ialah tanjung tinggi yang terletak di Australia Selatan. Semenanjung ini menghala ke Lautan Hindi dengan dikelilingi oleh Teluk Spencer dan Teluk St. Vincent. Panjang semenanjung ini ialah 240 kilometer, manakala lebarnya antara 15 hingga 20 kilometer. | UMUM | |
MEGHALAYA | Meghalaya ialah negeri kecil di utara India. Meghalaya bererti rumah awan. Cerun yang menghala ke selatan serta menghadap ke Bangladesh mendapat lebih banyak hujan dalam setahun daripada mana-mana tempat lain di dunia. | UMUM | |
STRABISMUS | Strabismus adalah penyebarisan mata yang tak normal, dengan sebelah mata tertumpu pada satu benda dan mata sebelah lagi tertumpu pada benda lain. Keadaan ini juga dikenali sebagai heterotropia atau juling. Biasanya, kedudukan mata membolehkan kedua-duanya melihat benda yang sama pada masa yang sama dan di tempat yang sama. Bagi strabismus, sebelah mata menghala ke lain daripada kedudukan biasanya. Jika mata ini menghala ke dalam ke arah hidung, keadaan ini dikenal sebagai strabismus menumpu. Bagi strabismus mencapah, mata itu menghala ke luar. Penyebarisan tidak normal itu mungkin juga menegak, dengan mata yang terjejas menghala ke atas atau ke bawah. Strabismus mungkin tetap atau berkala dan mungkin melibatkan sebelah mata sahaja atau silih berganti antara kedua-duanya. | UMUM | |
TELUK MANILA | Teluk Manila ialah pintu masuk ke bandar raya Manila di Luzon, Filipina. Teluk ini menghala ke barat daya Laut China Selatan. Untuk lokasi, lihat Filipina (peta) . Teluk Manila adalah lebih kurang 65 kilometer panjang dan 55 kilometer lebar. Perairannya cukup dalam untuk kapal-kapal besar berlabuh. Terdapat dua pelabuhan di Cavite dan Manila. Pulau Corregidor yang berbatu-batan terletak di muara Teluk Manila. Beberapa peperangan sengit berlaku semasa Perang Dunia II (1939–1945) di pulau ini. Pulau ini diserang oleh tentera Jepun pada awal Perang Dunia II . Semasa Perang Sepanyol-Amerika (1898), sebuah armada Amerika di bawah pimpinan Komander George Dewey memusnahkan tentera Sepanyol dalam peperangan di muara Teluk Manila. Lihat juga Corregidor ; Semenanjung Bataan. | UMUM | |
SENEGAL | Senegal ialah negara di pantai barat laut Afrika. Ia terletak di hujung bonjolan besar di utara Afrika yang menganjur ke arah barat menghala ke Lautan Atlantik. Ia menganjur lebih jauh ke barat daripada negara-negara lain di tanah Besar Afrika. | UMUM | |
SUNGAI JUMNA | Sungai Jumna, di utara India, membentuk salah sebuah anak Sungai Ganges yang paling penting. Sungai Jumna bermula dari Himalaya dan mengalir ke arah tenggara sepanjang hampir 1400 kilometer. Ia mengalir ke Sungai Ganges di bandar Allahabad. Dua terusan, satu menghala ke sebelah barat Sungai Jumna dan satu lagi menghala ke sebelah timur, mengairi seluas 30 000 kilometer persegi kawasan ladang di lembah sungai ini. | UMUM | |
IDAHAN | IDAHAN, salah satu subkelompok peribumi Sabah daripada rumpun Dusun. Mereka tinggal bertaburan di beberapa perkampungan di tebing dan lembah sungai sekitar Lahad Datu dan Tungku, di bahagian utara Teluk Darvel dan Semenanjung Kent hingga ke utara menghala ke Sandakan. Di Lahad Datu, mereka menetap di sekitar Tabanac, Sapagaya, Bikang, Binuang, Segamen (Segama), Segangan, Terusan dan Diwata. Penempatan asal mereka bermula di tebing dan lembah sungai jauh ke selatan menghala ke Teluk Darvel dan Sungai Segama. | BUDAYA | Bangsa/Suku/Kaum |
BARKAN | BARKAN, sejenis gumuk pasir berbentuk bulan sabit dengan dua tanduknya menghala ke arah hilir angin. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bentuk Muka Bumi |
MALLEE | Mallee ialah daerah di barat daya Victoria, Australia. Ia dinamai sempena nama sejenis pokok kayu putih yang banyak terdapat di kawasan itu. Daerah Mallee terletak di selatan Sungai Murray dan di timur sempadan Australia Selatan. Suatu garisan sempadan yang menghala ke selatan dari Kerang menuju ke timur Birchip, kemudian ke barat menuju ke sempadan Australia Selatan, merupakan sempadan daerah ini. | UMUM | |