RACUN PEROSAK | Racun perosak ialah bahan kimia yang digunakan untuk mengawal atau menghapuskan perosak. Barangkali serangga adalah perosak utama. Banyak jenis serangga menjangkitkan penyakit yang teruk seperti malaria dan tifus. Sesetengah serangga memusnahkan atau menyebabkan kerosakan teruk kepada tanaman yang bernilai seperti jagung dan kapas. Lain-lain perosak biasa termasuk bakteria, kulat, tikus, dan rumpai. Perosak boleh dengan teruk mengurangkan pengeluaran tanaman dan ternakan. Pembuat menggunakan pelbagai bahan kimia untuk membuat racun perosak. | UMUM | |
PEWASAPAN | Pewasapan ialah kaedah membunuh perosak yang melibatkan penggunaan gas toksik. Ia digunakan dengan meluas untuk menghapuskan rumpai, nematod (cacing gelang), dan perosak- perosak lain di tanah pertanian. Ia juga digunakan untuk melindungi makanan seperti bijian, kekeras, dan rempah-ratus daripada tikus dan serangga semasa disimpan. Barang yang diangkut dengan kapal antara negara kerap diwasapkan untuk mencegah perosak dan penyakit daripada merebak dari negara ke negara lain. Rumah, pangsapuri, dan bangunan-bangunan lain kadangkala diwasapkan untuk membunuh lipas, anai-anai, dan serangga-serangga lain. | UMUM | |
KESATUAN KASTAM | Kesatuan kastam ialah gabungan dua atau lebih negara yang bersetuju untuk menghapuskan cukai duti, kuota dan halangan-halangan lain dalam perdagangan antara satu sama lain. | UMUM | |
MACAPAGAL, DIOSDADO | Macapagal, Diosdado (1910 –1997), berkhidmat sebagai presiden Filipina dari tahun 1961 hingga 1965. Dia dikenali sebagai seorang pegawai yang jujur dan berhemah tinggi, yang cuba menghapuskan rasuah di negaranya. Dia juga telah berusaha memperkenalkan reformasi ekonomi serta menggubal dasar luar Filipina dengan negara-negara Asia. | UMUM | |
SALIB | Salib ialah simbol paling lazim bagi agama Kristian. Salib merupakan palang yang padanya Jesus Christ disalib. Penganut Kristian percaya bahawa penyaliban Jesus Christ memainkan peranan utama dalam menghapuskan dosa manusia, dan mereka menyifatkan salib sebagai lambang penghapusan dosa. Pelbagai kumpulan penganut Kristian menggunakan simbol salib yang berbeza-beza. Golongan Roman Katolik dan Protestan sebahagian besarnya menggunakan salib Latin. Palang ini mempunyai tiang tegak dengan palang melintang yang pendek sedikit yang bersilang ke atas dari titik tengah. Banyak gereja Ortodoks Timur menggunakan salib Yunani yang mempunyai empat palang yang sama panjang yang bertemu di tengah-tengah. | UMUM | |
DOMAGK, GERHAND | Domagk, Gerhand (1895–1964) ialah doktor Jerman yang telah mengenal pasti pengubatan daripada bahan kimia prontosil rubrum, sejenis dadah sulfa. Dia membuktikan yang dadah ini boleh menghapuskan bakteria streptokoki. Bakteria ini boleh menyebabkan jangkitan yang meluas termasuklah sakit tekak, demam merah dan kayap. | UMUM | |
NAWAZ SHARIF | Nawaz Sharif (1949– ), perdana menteri Pakistan dari tahun 1990 hingga tahun 1993. Dia dilantik selepas partinya Islamic Democratic Alliance memperoleh kemenangan yang besar dalam pilihan raya kebangsaan. Dasar yang diisytiharkan olehnya adalah untuk menghapuskan perselisihan lama dan kesetiaan parokial. Dia juga mempunyai matlamat untuk mewujudkan integrasi nasional, menggalakkan perindustrian, dan mengurangkan pergantungan bantuan dari luar negara. | UMUM | |
PERANG KHAYBAR | Perang Khaybar berlaku pada bulan Muharam tahun ketujuh Hijrah antara umat Islam di bawah pimpinan Rasulullah s.a.w. dengan kaum Yahudi Khaybar. Peperangan ini berpunca daripada sikap orang Yahudi Khaybar dan pemimpin Yahudi daripada suku Bani Nadir yang merasakan boleh menggunakan kaum Quraisy dan beberapa suku Arab yang lain sebagai batu loncatan untuk menembusi bandar Madinah dengan tujuan menghapuskan umat Islam. Dengan itu, mereka memainkan peranan penting dalam peperangan al-Ahzab. Rasulullah s.a.w. bertekad untuk menghapuskan bahaya yang mengancam keselamatan umat Islam. | UMUM | |
MILOSEVIC, SLOBODAN | Milosevic, Slobodan (1941– ), menjadi Presiden Serbia, salah sebuah republik yang membentuk Yugoslavia pada tahun 1989. Dia telah dilantik semula pada tahun 1990 dan tahun 1992. Milosevic menjadi terkenal kerana semangat kebangsaannya yang melampau. Pada tahun 1990, dia telah menghapuskan kuasa pemerintahan sendiri yang dipegang oleh orang-orang Serbia di wilayah Kosovo dan Vojvodina. | UMUM | |
ALVA, DUKE OF | Alva, Duke of (1508?–1582?), juga dikenali sebagai Duke of Alba, ialah jeneral dan diplomat Sepanyol yang berkhidmat dengan Raja Charles I dan Philip II, Raja Sepanyol. Pada tahun 1567, Raja Philip melantiknya sebagai Gabenor Belanda, dan mengarahkannya menghapuskan pemberontakan terhadap Sepanyol yang terjadi di Belanda. | UMUM | |