Sachs, Nelly (1891–1970) ialah penyair dan dramatis wanita Yahudi yang dilahirkan di Jerman. Dia berkongsi Hadiah Nobel tahun 1966 dalam bidang kesusasteraan bersama-sama penulis Israel, Shmuel Yosef Agnon. Para hakim memberikan penghormatan kepada Sach atas ‘penulisannya yang penuh bersemangat dan meyakinkan dalam menggambarkan nasib Israel dengan amat mengharukan’. Kebanyakan puisinya membicarakan penindasan dan kesengsaraan yang dialami oleh orang Yahudi selama beratus-ratus tahun. |