| Tafsir al-Qur’an al-Karim. Ilmu tafsir merupakan salah satu ilmu syariah yang asas, kerana ia berkaitan dengan al-Qur’an yang diturunkan oleh Allah S.W.T. sebagai panduan dan rahmat kepada manusia. Ia membicarakan makna kalam Allah S.W.T. (al-Qur’an) dan menjelaskan tentang pengertian ayat-ayat-Nya. Allah S.W.T. memerintahkan manusia supaya menghayati ayat-ayatnya, memahami maknanya dan mengetahui hukum-hakamnya supaya mereka dapat merasakan kebesaran Allah S.W.T. dan kelebihan- Nya ke atas mereka, dan untuk mengerjakan apa yang disuruh-Nya serta menjauhkan apa yang dilarang-Nya. Firman Allah S.W.T. bermaksud:  “(Inilah) kitab (al-Qur’an) yang Kami turunkan   kepadamu (dan umatmu wahai Muhammad) – kitab   yang banyak faedah dan manfaatnya, ayat-ayatnya   dan, untuk mereka memahami dengan teliti   kandungan untuk orang-orang yang berakal   sempurna beringat dan mengambil iktibar”.  (  Surah Sad  38:29) |