Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hi.dap] | مڠهيدڤ

Definisi : , menghidapi menang­gung sesuatu penyakit dgn lama: ~ penyakit tibi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hi.dap] | مڠهيدڤ

Definisi : menanggung atau menderita sesuatu penyakit yg tidak mudah sembuh; selalu saja sakit: Sudah berapa lama kamu ~ penyakit ini? (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata menghidap

Peribahasa

Bagai ayam dimakan (= kena) tungau.

Bermaksud :

Pucat dan kuning kerana menghidap penyakit; sangat gelisah kelakuannya.

 

Lihat selanjutnya...(2)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
DELUSI

Delusi ialah kepercayaan palsu. Orang yang

mengalami penyakit mental biasanya menghidap

delusi. Delusi yang biasa, iaitu delusi kehebatan,

yang bagi orang yang menghidap keadaan

ini mempunyai idea yang dibesar-besarkan

tentang kepentingan mereka.

UMUM 
NARKOLEPSI

Narkolepsi adalah sejenis penyakit yang

menyebabkan penghidapnya tidur berlebihan.

Orang yang menghidap narkolepsi mudah tidur

beberapa kali di siang hari, walaupun mereka cukup

tidur pada waktu malam. Penyakit ini tidak diketahui

sebabnya. Tetapi bukti menunjukkan ia berpunca

daripada keturunan. Doktor boleh melegakan

masalah ini dengan memberi ubat, tetapi penyakit

narkolepsi tidak dapat disembuhkan.

UMUM 
KATALEPSI

Katalepsi ialah suatu keadaan sementara apabila

seseorang itu hilang keupayaan untuk bergerak

secara sukarela. Orang yang menghidap katalepsi

bukan lumpuh, tetapi hanya hilang kemahuan

untuk bergerak.

UMUM 
RABIES

Rabies atau penyakit anjing gila ialah penyakit

berjangkit yang memusnahkan sel saraf di

bahagian tertentu otak dan selalunya

mengakibatkan kematian. Manusia dan kebanyakan

mamalia lain boleh menghidap penyakit ini.

Perkataan rabies dalam bahasa Latin bermakna

kemarahan atau keberangan. Penyakit ini mungkin

diberikan nama sedemikian kerana haiwan yang

dijangkiti sering kali menjadi gila dan menyerang

sebarang objek atau haiwan lain yang berada di

hadapannya. Oleh sebab salah satu gejala penyakit

rabies ialah ketidakupayaan menelan air; penyakit

ini juga dikenali sebagai hidrofobia yang

bermaksud takut air.

UMUM 
PATAH JIWA

Patah jiwa ialah istilah yang selalu digunakan

untuk merujuk kepada sebarang kelesuan yang

disebabkan oleh terlalu teruk bekerja sehingga

menghidap penyakit jiwa yang parah.

UMUM 
PROFILAKSIS

Profilaksis bererti sebarang rawatan yang

melindungi seseorang daripada penyakit. Profilaksis

juga dikenali sebagai rawatan pencegahan . Rawatan

ini berlainan daripada rawatan pembaikan atau

rawatan penyembuhan , yang diberikan apabila

pesakit sudah pun menghidap penyakit ataupun

dalam keadaan tidak sihat.

UMUM 
NEUROFIBROMATOSIS

Neurofibromatosis , singkatannya NF, ialah

gangguan yang diwarisi yang tidak boleh diubati

dan menjejaskan sistem saraf dan kulit. Penyakit

ini kadangkala dikenali sebagai penyakit elephant

man kerana Joseph Merrick, lelaki Inggeris yang

disalah anggap menghidap kes penyakit

neurofibromatosis yang teruk. Neurofibromatosis

mungkin berbeza-beza berdasarkan

keterukannya, iaitu dari gangguan yang sedikit

sehingga menjadi bentuk yang teruk. Terdapat

dua bentuk neurofibromatosis, iaitu NF-1 dan

NF-2.

UMUM 
SKROFULA

Skrofula ialah sejenis tuberkulosis (batuk kering)

yang menyerang nodus limfa di leher. Tisu ini

membantu badan melawan penyakit dengan

menapis bakteria dan mikrob lain daripada

kerongkong. Kebanyakan kes skrofula disebabkan

meminum susu tanpa dipasteurkan daripada

lembu yang menghidap tuberkulosis. Suhu

daripada lembu itu mengandungi tuberkulosis.

Pempasteuran membunuh bakteria tuberkulosis,

dan hampir tiada kes skrofula terjadi di negara

yang susunya dipasteur secara tetap.

UMUM 
TALASEMIA

Talasemia ialah penyakit darah secara keturunan

yang menyebabkan anemia. Penyakit ini terjadi

terutamanya pada kanak-kanak yang keturunannya

berasal dari kawasan Mediterranean. Talasemia

juga terjadi pada orang Amerika kulit hitam dan

sesetengah orang Asia dan Timur Tengah.

Tubuh kanak-kanak yang menghidap talasemia

tidak dapat menghasilkan hemoglobin yang

mencukupi, iaitu pigmen yang memberikan warna

merah pada sel darah. Hemoglobin juga membawa

oksigen ke tisu tubuh. Kekurangan hemoglobin

menyebabkan organ mangsa kekurangan oksigen

yang diperlukan. Gejala talasemia wujud semasa

kelahiran atau muncul kira-kira enam bulan

kemudian. Gejala ini termasuk kulit pucat, keletihan,

kerengsaan, selera terjejas, dan pertumbuhan

terencat. Kanak-kanak yang terlibat mempunyai

jantung, hati dan limpa yang membesar. Penyakit ini

juga mencacatkan dan melemahkan tulang tertentu,

khususnya tulang di bahagian muka.

UMUM 
BROWN, CHRISTY

Brown, Christy (1932–1981) ialah pengarang

dan penyair Ireland. Dia menghidap penyakit

palsi serebrum semenjak lahir.

UMUM 
12

Kembali ke atas