Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.hi.dup.kan] | مڠهيدوڤکن

Definisi : 1. membuat supaya hidup (terus bernafas), tumbuh dan membesar: mustahil kita dapat ~ semula orang yg telah mati; pembajaan yg teliti boleh ~ pokok itu; 2. menjadikan bergerak atau berjalan (bkn pertubuhan, perusahaan, dsb); 3. membuat supaya berjalan (bkn enjin, jam, dsb): ber­usaha ~ kembali syarikat kerjasama itu; ~ enjin keretanya; 4. menyalakan (api, lampu, dsb), memasang: ~ api dapurnya; 5. menim­bulkan kembali (sesuatu kenangan lama dsb): ~ kenang-kenangan lama sewaktu mereka sama-sama menuntut di universiti dahulu; 6. menyebabkan sesuatu cerita, lukisan, dsb hidup (yakni spt keadaan yg sebenarnya): dia begitu pandai memilih warna sehingga ~ lukisannya; 7. menjadikan suasana giat dan bersemangat: gelak ketawanya ~ suasana di dlm rumah itu; 8. menyebabkan timbul se­suatu perasaan, minat, dsb: ~ minat mereka utk bekerja dgn lebih keras lagi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.hi.dup.kan] | مڠهيدوڤکن

Definisi : membuat supaya hidup (dlm berbagai-bagai erti spt memasang lampu, menyalakan api): Dia ~ enjin kereta­nya. Apabila dia berasa sejuk, dia pun ~ api utk memanaskan badannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
hidup
1. Bersinonim dengan bernyawa
( bernafas, tumbuh, membesar, bercambah, bertunas, berputik, berpucuk, membiak, menjalar, berbuah, )
(kata kerja:)
Berantonim dengan mati

2. Dalam konteks bunga
bersinonim dengan segar, betul,
(adjektif:)
Berantonim dengan palsu

3. Dalam konteks gunung berapi
bersinonim dengan cergas, giat, aktif,
(adjektif:)
Berantonim dengan mati

4. Bersinonim dengan tinggal
( diam, duduk, menetap, menginap, )
(kata kerja:)

Kata Terbitan : hidup-hidup, hidupan, menghidupkan, penghidupan,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
REYNOLDS, SIR JOSHUA

Reynolds, Sir Joshua (1723–1792), pelukis

potret Inggeris yang ulung. Potret lukisan Reynolds

menunjukkan kemahirannya menghidupkan subjek

dan juga kefahaman yang mendalam tentang sifat

dan tabiat manusia. Antara karya Reynolds

termasuklah potret Hon. Augustus Keppel (1754),

William Robertsen (1772), dan Sarah Siddons as the

Tragic Muse (1784). Reynolds menulis 15 esei

tentang pendidikan seni yang dikenali sebagai

Discourses yang menekankan kepentingan

kehebatan kesenian dan keperluan menjalankan

latihan akademik yang tegar.

UMUM 
PERBADANAN KEMAJUAN KRAF TANGAN MALAYSIA

Perbadanan Kemajuan Kraf Tangan

Malaysia, sebuah agensi kerajaan yang

dipertanggungjawabkan untuk menggalakkan

pertumbuhan, menghidupkan semula dan

memperluaskan kemahiran dan tradisi kraf

tangan.

UMUM 
SUIS ELEKTRIK

Suis elektrik ialah peranti yang mengawal aliran

arus elektrik dalam litar. Jenis yang paling biasa

ialah suis togol tindakan sentap yang digunakan

untuk menghidupkan dan memadamkan lampu.

Dalam suis demikian, handal tertebat mengaktifkan

mekanisme tersorok yang menyambungkan atau

memutuskan litar. Apabila suis dihidupkan dua

logam bersentuh dan arus mengalir melalui litar.

Apabila suis ditutup sentuhan terpisah dan aliran

arus terputus.

UMUM 
MENUHIN, SIR YEHUDI

Menuhin, Sir Yehudi (1916–1999), pemain

violin Amerika yang sangat berbakat luar biasa

semenjak kanak-kanak lagi. Dia menggalakkan

gubahan muzik kontemporari serta

menghidupkan semula muzik zaman lampau yang

telah terpinggir tetapi bernilai. Dia

menggabungkan gaya muzik klasik yang telah

dipelajarinya pada peringkat awal, dengan muzik

jaz, muzik dari India, serta dari negara-negara lain.

UMUM 
STANISLAVSKI, KONSTANTIN

Stanislavski, Konstantin (1863–1938) ialah nama

pentas seorang pengarah dan pelakon terkenal

Russia. Dia cuba menghasilkan persembahan yang

sebenar dengan meminta pelakon-pelakonnya

menghayati secara mendalam terhadap karekter, dan

mengandaikan bahawa mereka sendiri adalah

wataknya. Berlakon dengan menghidupkan watak

sebenar dikenali sebagai “pendekatan Stanislavski.”

UMUM 
ANDERSON, MAXWELL

Anderson, Maxwell (1888–1959), penulis drama

Amerika, memperkenalkan keseriusan dan idealisme

ke dalam teater. Dia menulis beberapa drama

realistik, termasuk drama perang What Price Glory?

(bersama-sama Laurence Stallings, 1924) dan

melodrama psikologikal The Bad Seed (1955). Tetapi

sumbangannya yang utama ialah drama sejarah,

drama puisi, dan percubaan untuk menghidupkan

semula tragedi hero tradisional dalam teater moden.

UMUM 
MOSLEY, SIR OSWALD

Mosley, Sir Oswald (1896–1980), menubuhkan

Kesatuan Fasis British pada tahun 1930-an. Dia

dan pengikutnya yang berbaju hitam terlibat

dalam rusuhan terutamanya di kawasan East End,

London. Dalam Perang Dunia II (1939–1945),

Mosley ditahan kerana pandangannya yang pro-

Jerman. Kemudian, dia cuba menghidupkan

semula fahaman fasis di United Kingdom. Mosley

lahir di London. Dia dipilih menjadi ahli parlimen

Parti Konservatif bagi kawasan Harrow pada

tahun 1918. Pada tahun 1926, dia dipilih pula

sebagai ahli parlimen Parti Buruh untuk kawasan

Smethwick. Dia bersara pada tahun 1930 dan

menubuhkan partinya sendiri.

UMUM 
MISTRAL, FREDERICK

Mistral, Frederick (1830–1914) ialah penyair

Perancis yang popular dan menerima Hadiah Nobel

pada tahun 1904 bagi bidang kesusasteraan. Dia

menulis dalam bahasa Provencal moden, iaitu bahasa

di selatan Perancis. Mistral mengetuai pergerakan

pada tahun 1800-an yang dikenali sebagai Felibridge.

Pergerakan ini cuba menghidupkan semula tradisi

kesusasteraan dan memperkaya bahasa troubadour

Zaman Pertengahan (lihat Troubadour).

UMUM 
MAAHAD AL-EHYA ASSHARIF

MAAHAD AL-EHYA ASSHARIF, sekolah agama dan pusat gerakan nasionalisme Melayu Islam. Sekolah ini didirikan pada 15 April 1934, di Gunung Semanggol, Perak. Pengasasnya ialah Abu Bakar al-Baqir, Ustaz Abdul Rahman dan Penghulu Abdul Manaf. Al-Ehya Assharif membawa maksud ‘menghidupkan kemuliaan’.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PENGLIPUR LARAPENGLIPUR LARA, nama umum untuk tukang cerita dalam tradisi lisan Melayu.  Penglipur lara mendapat panggilan ini kerana cerita rakyat yang disampaikannya menghiburkan hati pendengar dan menghilangkan duka lara bukan sahaja bercerita  tetapi melakonkan aksi watak-watak dalam ceritanya, mengajuk ucapan dialog dan bangun menari, bersilat, berjalan dan bergerak di pentas untuk menghidupkan ceritanya.  Dia juga menggunakan topeng-topeng untuk menggambarkan lebih jelas rupa sesuatu watak, terutama watak utama dan watak jahat.  Kadang-kadang penglipur lara menyarungkan pakaian seperti baju layang atau sesuatu jubah yang longgar dengan cepat di atas pentas bagi mengindahkan lagi penceritaannya.  SASTERADrama/Filem/Teater/Persembahan
12

Kembali ke atas