Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngis.lam.kan] | مڠيسلامکن

Definisi : 1. memasukkan seseorang ke dlm agama Islam, menjadikan beragama Islam: orang Perlak itu pun diislamkan oleh Fakir Muhammad; 2. mengkhatankan, menyunatkan: ia hendak ~ anak sulungnya; 3. menjadikan patuh kpd atau menyesuaikan dgn ajaran (ciri-ciri dsb) agama Islam; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngis.lam.kan] | مڠيسلامکن

Definisi : menjadikan sbg penganut agama Islam; menjadikan beragama Islam: Fakir Muhammad telah ~ orang-orang Perlak. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengislamkan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BAHR AL-LAHUT

BAHR AL-LAHUT, sebuah kitab Jawi tentang agama Islam yang berkaitan dengan ilmu tasawuf karangan Abdullah ‘Arif pada abad ke-12 M. (6 H). Abdullah ‘Arif ialah salah seorang pendakwah yang terawal tiba di Alam Melayu. Antara pendakwah yang sezaman dengannya termasuklah Syekh Ismail dan Faqir Muhammad yang mengislamkan Merah Silu (Malik al-Salih), pemerintah kerajaan Samudera-Pasai. Menurut al-Tarikh Salsilah Negeri Kedah karangan Muhammad Hassan bin Dato’ Kerani Muhammad Arshad, orang yang pertama mengislamkan negeri Kedah juga bernama Abdullah iaitu pada tahun 1137 M. (531 H). Jika dibandingkan tarikh ini dengan tarikh ketibaan Abdullah ‘Arif di Aceh (117 M), tidak banyak berbeza.

BAHASABahasa
SYEIKH SAID PASAI

SYEKH SAID PASAI (1457-   ? ), tabib dan pendakwah Indonesia.  Dia berasal dari pusat wilayah kerajaan Pasai.  Dia seorang tabib dan pendakwah agama Islam yang mengubati sakit kusta dan mengislamkan Raja Patani, Raja Indra (raja Melayu Patani yang kedua daripada keturunan Sri Wangsa) pada tahun 1457.  Meskipun ada riwayat menyebut bahawa agama Islam sudah tersebar ke Patani, tetapi penganutnya hanya terbatas dalam lingkungan masyarakat umum.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
ANDALUS, PEMBUKAAN.

Andalus, Pembukaan. Musa ibn Nusayr dilantik

sebagai pemerintah Maghribi (Barat Laut Afrika) pada

tahun 89 H bersamaan dengan tahun 707 M. Dia

dilantik menggantikan Hassan ibn al-Nu‘man yang

dipecat kerana kes perselisihannya dengan Gabenor

Mesir. Pada permulaan zaman pemerintahan Musa

ibn Nusayr, orang Barbar telah memberontak

menentangnya, tetapi dia dapat menghapuskan

pemberontakan itu dengan kekerasan. Seterusnya dia

berjaya membuka Tangier yang merupakan kubu

terakhir puak Barbar tersebut, lalu melantik Tariq ibn

Ziyad menjadi gabenor di situ. Musa menggunakan

dasar yang sangat bijaksana untuk menghentikan

pemberontakan Barbar yang sering berulang, iaitu

dengan mengislamkan seluruh negeri itu. Musa

berjaya mengajak kaum Barbar memeluk Islam dan

melatih beribu-ribu orang dalam kalangan mereka

menjadi tenteranya. Kemudian dia menyediakan

armada laut yang besar untuk melindungi sempadan

kawasan pantai daripada serangan tentera Rom. Di

samping itu dia memulakan serangan ke atas pulau-pulau

dan markas tentera Rom yang berhadapan

dengan pantai Afrika Utara, iaitu Kepulauan Balearic,

Sicily dan Sardinia, sehingga daerah kekuasaannya

meliputi semua kawasan persisiran kecuali Ceuta, di

timur Tangier yang merupakan kubu kuat Rom.

UMUM 

Kembali ke atas