Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[meng.ku.du] | مڠکودو

Definisi : sj tumbuhan (pokok), Morinda spp.; ~ akar = ~ hutan = ~ jantan sj tumbuhan (pokok renek), Morinda umbellata; ~ besar = ~ jantan sj tumbuhan (pokok), Morinda citrifolia; ~ hutan = ~ kecil sj tumbuhan (pokok renek), Morinda elliptica; ~ rimba sj tumbuhan (pokok renek), Rennellia spe-ciosa; spt batang ~, dahulu buah drpd bunga prb menganggap sudah menguasai atau me­miliki sesuatu perkara atau barang yg belum tentu dapat dikuasai atau diperoleh. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[meng.ku.du] | مڠکودو

Definisi : nama sj pokok atau buahnya, Morinda citrifolia. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata mengkudu

Puisi
 

Mengkudu masak di hutan,
     Dipatuk punai gumbali;
Belum duduk belum suratan,
     Mana bertemu sama sekali.


Lihat selanjutnya...(18)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MENGKUDU

MENGKUDU, sejenis pokok daripada rumpun Rubiaceae yang terdapat di kawasan tropika.  Terdapat tiga jenis mengkudu iaitu mengkudu besar atau mengkudu jantan (M. citrifolia), mengkudu kecil atau hutan (M. elliptia) dan mengkudu akar (M. umbellata).

BUDAYAFlora dan Fauna

Kembali ke atas