Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngu.ba.ti] | مڠوبتي

Definisi : , mengubat 1. memberi (mem-bubuh dsb) ubat supaya sembuh, menyembuh-kan dgn ubat: penyakit batuk kering ini sangat susah hendak ~nya; kalau doktor tidak dapat ~mu, apa lagi saya; ~ orang sakit; 2. meng-hibur, menyenangkan: cuma ini yg akan ~ hatiku apabila maut menjemput; 3. membetul-kan, memperbaik: kepincangan dlm masyarakat yg perlu diubati; bagi menghadapi dan ~ keadaan itu, Allah telah menetapkan hukuman ke atas penjenayah; 4. memulihkan: utk ~ keraguanku; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngu.ba.ti] | مڠوبتي

Definisi : 1 memberikan ubat supaya sembuh penyakitnya; menyembuhkan dgn ubat: Doktor baru saja ~ emaknya. ~ penyakit kulit. 2 ki menghibur: ~ hati yg luka. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ubat (kata nama)
Kata Terbitan : berubat, mengubat, mengubati, terubat, ubatan, pengubatan, pengubat,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AKUPUNKTUR

Akupunktur ialah kaedah rawatan tradisional

Cina purba untuk melegakan kesakitan dan

mengubati beberapa jenis penyakit dengan cara

mencucuk jarum ke beberapa bahagian badan.

Mengikut falsafah Cina, penyakit dan kesakitan

terjadi akibat ketidakimbangan antara dua kuasa

semula jadi utama yang dikenali yin dan yang .

Orang Cina percaya akupunktur mengembalikan

imbangan ini.

UMUM 
MORFIN

Morfin ialah sejenis dadah yang digunakan

untuk melegakan kesakitan yang amat sangat dan

untuk mengubati beberapa masalah perubatan

yang lain. Sesetengah orang menggunakan morfin

kerana ia membuatkan mereka merasa lebih

bahagia.

UMUM 
EHRLICH, PAUL

Ehrlich, Paul (1854–1915), ahli bakteria Jerman.

Dia mengasaskan kemoterapi dan membuktikan

bahawa suntikan pewarna tertentu dapat

mengubati penyakit tropika tertentu.

UMUM 
KEMENYAN

KEMENYAN (Boswellia sacra), getah daripada sejenis pokok yang terdapat di hutan jenis tropika.  Kemenyan berbentuk ketulan keras seperti batu dan biasanya digunakan dalam perasapan ketika kenduri atau untuk mengubati penyakit.

BUDAYAFlora dan Fauna
MANANG

MANANG, individu dalam masyarakat Iban, yang berkebolehan menyembuh atau mengubat penyakit. Manang boleh mengubati penyakit sebagaimana bomoh atau pawang. Dalam masyarakat Iban, manang dianggap sebagai khunsa dan berupaya menerima kuasa luar biasa.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
SYEIKH SAID PASAI

SYEKH SAID PASAI (1457-   ? ), tabib dan pendakwah Indonesia.  Dia berasal dari pusat wilayah kerajaan Pasai.  Dia seorang tabib dan pendakwah agama Islam yang mengubati sakit kusta dan mengislamkan Raja Patani, Raja Indra (raja Melayu Patani yang kedua daripada keturunan Sri Wangsa) pada tahun 1457.  Meskipun ada riwayat menyebut bahawa agama Islam sudah tersebar ke Patani, tetapi penganutnya hanya terbatas dalam lingkungan masyarakat umum.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SYEIKH OSMAN JALALUDDIN

SYEIKH OSMAN JALALUDDIN (1880-1952), ulama dan penulis. Beliau lahir di Kampung Panjang, Sering, Kota Bharu, Kelantan. Beliau berasal daripada keluarga yang berada. Ayahnya ialah seorang bomoh terkenal yang boleh mengubati penyakit gila dan penyakit puru. Beliau mendapat pendidikan awal daripada Haji Jamal Perupuk dengan mempelajari kitab-kitab agama dalam tulisan Jawi. Beliau kemudiannya berguru dengan Dato’ Mufti Haji Wan Ahmad di Kota Bharu, Kelantan dan juga pernah belajar agama di Sungai Pinang. Selepas beberapa tahun belajar di Kelantan, beliau melanjutkan pelajarannya di Makkah. Di Makkah, beliau berguru dengan beberapa orang ulama terkenal. Setelah berada di Makkah selama empat tahun, akhirnya beliau pulang ke tanah air. Di Kelantan, beliau terus menyambung pelajarannya di Pondok Tuk Kenali, seorang ulama yang terkenal di Kelantan. Beliau dilantik sebagai pembantu Tuk Kenali dan mengajar kitab fiqah kepada pelajar di pondok itu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
MENURUN

MENURUN, satu keadaan yang berlaku apabila semangat dan makhluk halus diseru masuk dan meresap ke dalam tubuh seseorang bomoh.  Menurun juga digunakan sebagai suatu kaedah dalam pengubatan tradisional.  Untuk mewujudkan keadaan menurun, bomoh yang mengamalkan kaedah ini biasanya mempunyai ‘khadam’ ataupun bersahabat dengan orang halus dan jin yang akan meresap ke dalam tubuh bomoh setiap kali ia dipanggil dan diseru ketika upacara mengubati pesakit.  Upacara menurun dilakukan untuk memulihkan pesakit yang terkena ilmu guna-guna, dirasuk hantu, keteguran dan sebagainya.

BUDAYAKaedah

Kembali ke atas