Teodolit ialah sejenis alatan yang digunakan oleh juruukur untuk mengukur sudut dan arah. Ia menyerupai alat yang jarang-jarang digunakan yang dinamakan transit. Teodolit memberikan bacaan lebih tepat berbanding transit. Sesetengah teodolit membolehkan ukuran yang lebih hampir dengan satu saat daripada arka (pecahan darjah yang didefinisikan sebagai darjah). Kebanyakan teodolit dilekatkan pada tripod (tempat letak berkaki tiga). Teodolit dilengkapkan dengan teleskop yang memberi penglihatan yang tepat ke sebarang arah. Plat mengufuk di bawah teleskop memberikan bacaan di sekitar horizon dalam darjah, minit, dan saat arka, manakala plat tegak dan skala yang dilekatkan pada sisi kiri teleskop menyatakan bacaan menegak. |