MENGUKIR KAYU | Mengukir kayu ialah perbuatan mencipta figura atau reka bentuk pada kayu dengan memotong atau memahat kayu. Mengukir kayu adalah satu hobi dan satu bentuk seni. Sesetengah ukiran dilakukan dengan mesin yang mempunyai pemotong yang dipasang pada gelendong berkelajuan tinggi. Rencana ini memerikan cara mengukir kayu dengan tangan. | UMUM | Umum |
MENGUKIR | Mengukir ialah seni memahat figura, hiasan, atau objek dengan tangan untuk hiasan pada bahan seperti batu, marmar, kayu, gading, tulang dan cangkerang. Istilah seni arca menunjukkan ukiran besar pada batu, marmar atau kayu. Istilah mengukir merujuk kepada seni arca kecil dan kepada hiasan yang diukir pada perabot atau bahagian bangunan. | UMUM | |
PYGMALION | Pygmalion ialah pengarca dan raja Cyprus dalam legenda Yunani. Oleh sebab benci terhadap kezaliman wanita pada zamannya, Pygmalion mengukir patung menyerupai wanita cantik daripada gading lalu dia jatuh cinta padanya. Demi menyahut permintaan Pygmalion, dewi Aphrodite menukar patung tersebut menjadi manusia. Pygmalion mengahwininya dan mereka dikurniai anak lelaki bernama Paphos. | UMUM | |
PIKTOGRAF | Piktograf ialah tulisan dalam bentuk gambar. Sebelum perkembangan abjad, ramai orang purba menyampaikan mesej mereka melalui piktograf. Orang Mesir mengukir atau mengecat piktograf pada makam dan tugu. Tulisan bergambar juga merupakan kaedah komunikasi bagi kaum Aztek dan juga masyarakat Orang Asli Amerika. Terdapat dua jenis piktograf, iaitu piktograf yang mewakili objek seperti lukisan bulan, dan piktograf yang mewakili idea seperti lukisan seorang kanak- kanak sedang memegang buku, yang mewakili seorang pelajar. Piktograf moden menggunakan gambar dan perkataan untuk menerangkan sesuatu cerita dengan lebih baik berbanding dengan penggunaan perkataan semata-mata. | UMUM | |
STUBBS, GEORGE | Stubbs, George (1724–1806), pelukis, pengukir dan ahli anatomi British yang termasyhur kerana lukisannya tentang kuda. Dia menulis dan mengukir ilustrasi bagi Anatomy of the Horse, yang diterbitkan pada tahun 1766. Stubbs lahir di Liverpool, England. Dia mempelajari dan kemudian mengajar anatomi di Hospital York, di Yorkshire. | UMUM | |
AFRIKA SELATAN, SENI | Afrika Selatan, Seni. Seni di Afrika Selatan telah bermula sejak beribu-ribu tahun yang lalu dengan karya seni orang San. Mereka mengukir batu-batu tongkol dan melukis dinding-dinding gua serta tempat perlindungn mereka yang diperbuat daripada batu (lihat Khoisan ). Seni suku kaum primitif Afrika Selatan menerima pengaruh yang kuat daripada suku kaum kulit hitam Afrika yang berhijrah masuk dari utara. Suku kaum tersebut meneruskan tradisi kuno dalam seni pahat/ukir, seni anyaman bakul, seni tembikar, dan membuat manik. | UMUM | |
SENI ARCA | Seni arca adalah satu daripada seni yang paling kompleks. Walaupun perkataan seni arca pada asalnya bermakna memotong dan melibatkan teknik mengukir, tetapi objek yang dibentuk dikenali sebagai arca. Contoh arca berbeza-beza daripada arca yang berkuasa oleh Michelangelo hingga kepada topeng upacara orang Afrika, dan daripada patung batu yang menghiasi katedral hingga kepada gegantung (mobile) logam yang berayun gemalai apabila ditiup angin. | UMUM | |
NICHOLSON, BEN | Nicholson, Ben (1894–1982), pelukis Inggeris yang dikenali kerana lukisan abstraknya. Sumbangan artistik Nicholson yang paling bernilai ialah ukir timbul ( relief ), gambar abstrak tiga dimensi yang dihasilkan dengan menggunting, mengukir, dan melukis papan kertas yang rata. | UMUM | |
MAILLOL, ARISTIDE | Maillol, Aristide (1861–1944) ialah pengukir Perancis. Seperti kebanyakan pengukir generasinya, Maillol tidak menyenangi bentuk emosionalisme dan bentuk tidak tentu yang dihasilkan oleh pengukir sezamannya, Auguste Rodin, yang menguasai seni ukir Perancis pada waktu itu. Sebaliknya Maillol menumpukan perhatian terhadap gaya figura yang tenang lagi berimbang. Bentuk yang pejal serta jelas merupakan matlamat utamanya. Maillol cuba kembali mengukir bentuk-bentuk ukiran yang tenang dan harmoni yang terdapat pada ukiran zaman klasik awal Yunani. | UMUM | |
SUZHOU | Suzhou (pend. 673 308) ialah sebuah bandar purba di China, terkenal dengan terusan air, taman bunga dan bangunan pagoda. Suzhou juga dieja Su-Chou atau Soochow, terletak di dalam kawasan pertanian yang subur di wilayah Jiangsu, di antara Nanjing dan Shanghai. Lihat China (peta politik). Kilang-kilang di Suzhou mengeluarkan bahan kimia dan jentera. Pekerja kraf tangan mahir di Suzhou mengukir batu jed dan menenun sutera. | UMUM | |