Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[me.ngun.tung.kan] | مڠونتوڠکن

Definisi : 1. mendatangkan untung (laba), memberi untung (kpd): perniagaan secara bersendirian ialah perniagaan yg paling ~ atau merugikan; 2. menyebabkan beruntung (berbahagia, mujur), mendatangkan bahagia, memanfaatkan: kalau orang itu pandai serta rajin, dia akan ~ masyarakat; 3. memberi faedah, berguna, bermanfaat: keadaan dalam negeri telah memberikan kemungkinan yg lebih ~ utk mengadakan revolusi; (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[me.ngun.tung.kan] | مڠونتوڠکن

Definisi : 1 men­datang­kan untung atau laba; memberi untung kpd: Perusahaan kain batik tidak berapa ~ sekarang ini. 2 menjadikan ada untungnya; menyebabkan mendapat untung: Segala usahanya itu sangat-sangat ~ bangsa dan negara. 3 memberi faedah atau manfaat kpd: Ceramah itu sangat ~ penuntut-penuntut tingkatan enam. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
untung (kata nama)
1. Bersinonim dengan faedah: lebihan, laba, rezeki, habuan,
Berantonim dengan rugi

2. Bersinonim dengan nasib baik: mujur, bintang terang, langkah kanan, berkat, kismat,
Berantonim dengan malang

3. Bersinonim dengan guna: manfaat, faedah, kebaikan,

Kata Terbitan : untung-untung, beruntung, menguntungkan, keuntungan,

Peribahasa

Kalah jadi abu,
     menang jadi arang.

Bermaksud :

Kalah atau menang dalam sesuatu pertengkaran tak akan menguntungkan kepada pihak mana pun juga.

 

Lihat selanjutnya...(3)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PALMER

Palmer ialah sebatang sungai di utara

Queensland , Australia. Di sinilah terdapat tapak

lombong emas pertama yang besar dan

menguntungkan yang ditemui di Queensland.

UMUM 
TERUSAN ERIE

Terusan Erie ialah jalan air negara pertama yang

penting yang dibina di Amerika Syarikat. Terusan

ini merentasi New York dari Buffalo di Tasik Erie ke

Troy dan Albany di Sungai Hudson (siap dibina

pada tahun 1825). Terusan ini menyambungkan

Tasik-tasik Besar dengan Lautan Atlantik. Ia

menjadi laluan untuk membawa masuk barang

buatan dan peneroka ke bahagian Barat, manakala

kayu dan hasil pertanian dibawa ke bahagian Timur

Amerika Syarikat. Terusan ini membantu New York

City menjadi pelabuhan yang terkemuka pada

tahun 1800-an.

Pembinaan terusan ini dibiayai keseluruhannya

oleh negeri New York. Terusan ini menguntungkan

sehingga tahun 1882, apabila tol dimansuhkan.

UMUM 

Kembali ke atas